Mommy profile icon
GoldGold

Mommy, Malaysia

Contributor

About Mommy

Blessed

My Orders
Posts(31)
Replies(82)
Articles(0)

Bacalah..

Pagi pagi lagi bikin panas... Baca status ni saya geram dan marah masih lagi ada manusia yang tidak berhati perut buat anak orang macam ini.. Selalu saya nampak dan dengar keadaan begini Menjaga hati orang lain sehingga anak sendiri yang sakit. Banyak sangat salah dalam 1 posting dan saya akan tunjuk satu per satu 1. TIDAK BOLEH BERI APA APA MAKANAN DAN MINUMAN SELAIN SUSU SAHAJA Bawah 6 bulan tak boleh bagi apa apa selain susu ibu/susu formula yang dikhaskan mengikut usia Susu segar tak boleh Susu sedia diminum tak boleh Susu untuk 1 keluarga tak boleh Susu tin (cremaer,sejat,pekat manis) LAGI tak boleh Ni nak pulak suap ais krim dan kek????!!! Usus baby belum cukup matang nak terima semua tu lagi Jika ada masalah usus, masalah tidak menghadam, masalah membuang siapa yang akan bertanggungjawab? Adakah mereka yang gatal tangan menyuap sedia nak bersengkang mata, mengeluarkan kos untuk menjaga anak yang mungkin akan cacat seumur hidup akibat suap macam macam tu? Tu kalau hidup..kalau meninggal akibat perbuatan tu? Nak kena saman? Nak ke mahkamah? Setiap kes anak yang meninggal bawah 5 tahun akan menjadi siasatan polis. 2. NO SALT & SUGAR bawah 1 TAHUN Ya allah anak tu tak kenal pun apa yang masin apa yang manis Kita je yang gatal nak makanan sedap bagai Sepatutunya fokus utama bawah 1 tahun adalah memperkenalkan - makanan berkhasiat selain susu - melihat allergy yang mungkin ada dari makan - tekstur yang pelbagai untuk bantu perkembangan baby Bukan untuk bagi anak makan sedap ke tak Ni apa yang gatalllll sangat tangan nak bagi ice cream and cake lagi???? Nak anak jadi picky eater? Semua benda nak ditolak kecuali yang manis Nak anak kurang zat? Bila berat naik perlahan atau tak naik mulalah nak bising nak kalut cari produk sampah dan supplemen bagai untuk bagi dekat anak...tapi asalnya salah siapa anak jadi begitu? 3. TEGUR BILA ADA KESALAHAN Orang berusia bukan selalu betul Tiada istilah 'Aku makan garam aku lebih tahu' 'Aku suap kan kamu dan adik beradik kamu macam ni elok je besar tak mati pun' Hai zaman dah makin maju..nak jugak ikut zaman tok nenek lagi? Zaman dulu hidup macam mana? Kalau nak jugak macam tu Tak payah ada smartphone 24jam dekat fb Tak payah guna kereta, jalan kaki je ke mana mana Tak payah makan di restoran, semua masak guna kayu api Tahu tak kadar kematian anak dan ibu dulu macam mana? Disebabkan teknologi makin maju, ilmu makin meluas dapat kurangkan statistik kematian tu semua Boleh pulak patah balik ke zaman tu..aissshh.. Jangan risau nak tegur orang tua.. Itu anak kita..itu hak kita..bukan hak mereka lagi.. Itu amanah yang telah diberi kepada kita untuk dijaga.. Kalau tak tegur,takdir jadi apa apa dekat anak apa yang anda nak jawab dekat 'sana' nanti? . . . Tolongla mak ayah kalau salah tegur... Jangan biarkan sahaja walaupun itu adalah ahli keluarga sendiri Tunjuk kes kes baby yang maut akibat diberi makanan terlalu awal Nak tunjuk posting saya dekat bawah ni pun boleh https://m.facebook.com/groups/128634077976452?view=permalink&id=352708532235671 Sekian Dietitian fizah sobri Fuh pagi pagi panas dah...

Read more
Super Mum
undefined profile icon
Write a reply

Just Sharing

In case you forgot, BABIES ARE HUMAN TOO! So normal kalau manusia AMBIL MASA UNTUK TERIMA BENDA BARU! Normal kalau manusia kadang nak makan banyak kadang nak makan sikit! Normal kalau manusia tak ada selera makan sebab JARANG DIGOSOK gusi or giginya! Normal manusia akan rasa STRESS bila wujudnya pressure dari mak yang asyik expect anak bawah 12 bulan mesti makan habis semangkuk setiap kali makan! Normal manusia akan rasa panik apabila melibat terlalu banyak makanan dalam pinggan! Normal manusia ada makanan yang disukainya ada makanan yang tak disukainya! Normal manusia rasa x selesa dan kerap moody akibat dirinya banyak sangat perubahan, naik naik gigi lah naik boleh berjalanlah! Mak dia pun masa awal hamil moody semacam kannn. BAYI ADALAH MANUSIA JUGA. Tugas ibu bapa adalah MENDIDIK & melatih anak! Bukan letakkan expectation menggunung ganang sampai ke tahap memaksa anak. BAYI ADALAH MANUSIA JUGA! Ramai ibu ayah terlupa hakikat ini ? Anak baru 6 bulan seminggu dah stress sebab anak tak mau bubur ? Anak baruu 8 bulan dah stress sebab anak tak mau cuba pegang pun finger foods ? Anak baru 12 bulan dah stress sebab anak nak makan 3-4suap saja sedangkan anak tu tengah busy perah otak nak belajar melangkah bertatih ? BAYI ADALAH MANUSIA JUGA! Maka bersabarlah dalam mendidik & melatih anak. Belajarlah BERTENANG dan tabah. Hari ini anak tak mahu sesuatu, tak berjaya buat sesuatu tak bermakna esok dia tetap begitu. Bersabar dan terus kan memberi galakan. Anda ialah IBU BAPA SI ANAK, bukanlah seorang diktator. Selami jiwa dan emosi anak ? P/S: Kelas HBFM FIRST AID FOR PARENTS masih dibuka ya. Tp tempat dah makin terhad ni so meh join cepat! #adminhbfm Fatien Atiqa #babieshbfm

Read more
VIP Member
undefined profile icon
Write a reply