5 Peralatan Elektronik Dalam Rumah Yang Anda WAJIB Ada, Memudahkan Kerja!

Zaman yang semakin maju memerlukan suri rumah khususnya, menggunakan peralatan eletronik yang bagus untuk membantu menguruskan rumah. Tahukah anda apa 5 peralatan elektronik dalam rumah yang mampu memudahkan kerja anda? #1 KETUHAR GELOMBANG MIKRO Bukan sahaja kek, malah jika anda panaskan semula lauk pauk juga lebih mudah dan pantas. Dengan penggunaan yang betul, kerja di dapur bertambah efisien serta ibu bapa pun ada masa tambahan bersama si kecil! #2 PENGERING BAJU Anda tidak perlu menunggu untuk baju kering. Masukkan saja baju yang sudah dibasuh ke dalam mesin kering dan beberapa minit sahaja tugas anda sudah selesai. #3 PEMBERSIH UDARA Pencemaran kini bukan sahaja di luar rumah, malah ada di dalam rumah juga! Bagi memastikan kesihatan yang baik, pembersih udara atau air purifier kini merupakan salah satu keperluan yang penting juga ya! #4 HAND MIXER Tidak perlukan mixer yang besar, jadi untuk jimatkan ruang dan masa di dapur, guna sahaja hand mixer untuk membuat kek atau sekadar pukul telur. #5 VAKUM TANPA WAYAR Panasonic memperkenalkan Panasonic Vacuum Cleaner Stick Sticker pada 29 Mei 2019 yang lalu. Ramai pengguna beralih untuk menggunakan pembersih vakum tanpa wayar dan ia adalah kekuatan Panasonic untuk menjadikan hidup lebih mudah dan lebih baik. Beberapa ciri utama yang diperkenalkan: 1- Mencapai kuasa sedutan 200W. 2- Penggunaan sehingga 65 minit. 3- Sensor debu rumah yang mengesan sehingga 20μm, saiz hama habuk. 4- Corong yang membersihkan sudut dan tepi dengan cekap melalui reka bentuk yang unik dan mampu membersihkan semua jenis lantai 5- Berat 2.6kg sahaja

5 Peralatan Elektronik Dalam Rumah Yang Anda WAJIB Ada, Memudahkan Kerja!
7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

semua dihujung jari untuk buat kerja rumah..yabedabedu!!

VIP Member

🤗😊👍🏻👍🏻 #TAPsupermoms #TAPactiveusers

Baca lagi
VIP Member

Mantap 👍 #TAPSupermoms #TAPactiveusers

Baca lagi
TapFluencer

Oh Yehhhh #TAPactiveusers #TAPSupermoms

VIP Member

😘❤️❤️👍

VIP Member

Wow, menarik!

👍