mommy2 cantik..slain iberet ade x vit lain yg blh naik kan hb..hb dah mula menurun..skrg baru 16week
vit utk naikkan hb..

by right iberet tu vitamin yg paling tinggi kandungan iron dah tu. saya mmg makan tu je since hb borderline 11 hari tu. sampai lah skrg dah 39 weeks maintain above 11. selain vitamin, pemakanan, waktu ambik vitamin tu, kena jaga. iberet tu kena ambik perut kosong, awal pagi seeloknya. lepas sejam ambik iberet baru makan. selain tu, kena makan benda2 yg tinggi iron. daging, ikan, telur, kambing, sayur bayam, etc. pastu saya amalkan minum air limau ais kosong bersama makanan berat. sbb vitamin C daripada limau ais atau fresh oren tu bantu utk absorb zat besi dari makanan kita. kalau nak minum teh, air coklat, air susu semua, better jarakkan dalam 2 jam sebelum/selepas makan berat. sbb teh & coklat ada kafein - boleh halang penyerapan zat besi daripada makanan & supplement kita ambik. susu pulak ada calcium, boleh effect jugak penyerapan iron. tuje la yg saya amalkan and sepanjang mengandung mmg maintain above 11 alhamdulillah
Baca lagi


