Dilema
Usia kandungan baru masuk 6bulan. BF ada masalah kewangan disebabkan ditipu duit oleh rakan sekerja selama bertahun2. Sebelum ini, saya ada ajak utk kahwin dan dia setuju. Hari ini dia beritahu dia mahu baby kami dibagi pada org lain sebab dia tidak mampu jaga sebab tiada duit atau suruh saya berkahwin dengan orang lain saja yg boleh terima baby ini. Saya stress dan sedih bila dapat respon dia begitu. Hubungan kami hancur disebabkan masalah kewangan saja sedangkan saya mahu merasa menjaga baby saya sendiri ? sudahlah sejak kebelakangan ini kadang2 ada spotting keluar dan disahkan ada potensi dapat miscarriage sebab emosi saya selalu tidak stabil ?
Alasan tiada duit. Lelaki tu tiada familykah mau minta tolong. Bgtahula dia tgh mengandungkan anak dara org family bantula kasih kahwin. Nikah bukan guna duit beribu pun kalau sudah termengandung. Paling pn 100 mas kahwin siap. Bawa saksi 2org yg ada kena mengena dgn pihak perempuan . 6bulan besar btl sudah. Mustahil tiada keluarga kamu yg mahu settelkan? Apa2 masalah berbaliklah sama keluarga. Terang2 BF sudah buang tu. Jangan paksa diri minta simpati sama lelaki begitu. Semua lelaki yg sudah mengandungkan anak dara org jarang bertanggungjawab. Dia akan buang punya. Sory ya sy pun kena last2 jadi bini ke 3 orang tua umur bapa saya, ambiklah yang penting baby selamat. Nasib badan. Terlampau percaya lelaki yang mahu sedap. Kalau ada janin sudah dorang buang cari sedap baru lagi. Berbaliklah sama keluarga k
Baca lagiJangan jadikan masalah kewangan sebagai penghalang untuk kita hidup bahagia & ada anak. Sy dah kahwin. Lepas kahwin ditakdirkan kontrak kerja suami sy tak dapat disambung. Dalam masa sama sy disahkan mengandung. Kritikal jugak lah kewangan kami. Dah berbulan2 dah ni suami takde kerja. Dah apply mcm2 kerja tapi tak dapat. Sementara ni dia buat grab dulu, tapi berapa la sangat hasil bawak grab. Duit saving pun kami takde ni. Cukup2 je untuk keperluan hidup kami setakat ni. Rumah sewa yg kami duduk sejak kahwin kosong lagi, takde tv takde meja. Peti ais, dapur dan katil je kami sempat beli masa awal kahwin dulu. Tapi kami usaha jugak macam2 untuk tambah pendapatan, buat persediaan nak sambut baby. Dalam kesempitan ni, kami tetap teruja nak ada anak. Usaha la, selagi kita ada kudrat.
Baca lagiSis, maaf kalau sy tersilap kata. Tapi sis dah lakukan 1 dosa, jangan tambah dgn dosa yg lain pula. Percayalah, apa2 jadi pada baby, seumur hidup sis akan rasa bersalah. Sekarang masih ada masa untuk sis ubah keadaan. Kuatkan hati, tanam azam utk besarkan anak dgn baik. Walk away from that guy. He's obviously not a good guy. Kalau betul dia bertanggungjawab, tak akan ada alasan pon yang wujud. Dia akan berusaha sedaya mampu. Bertaubat, move on, focus on improving your life.. You will eventually find the right person.
Baca lagiKalau betul dia nak tanggung, dia akan usaha utk cari duit atau pun dia akan usaha utk cari cara macam mana nak selesaikan masalah duit. Saya saran kan awak, teruskan jaga kandungan sampai bersalin. Hidup takda laki memang takda hal. Cukup ada anak disisi dah bahagia. Bila bf awak dah cakap macam tu jangan harap sangat lah. Dia lepas kan awak, hidup dia senang tak yah tanggung anything. Jangan percaya dgn lelaki yg mcm tu okay. Just keep your baby.
Baca lagiKami yg dah 9 tahun nikah ni pun kadang2 ada masalah kewangan. Cuba slow talk dan selidik betul2 pasal kwn dia yg menipu tu. Kalau benda tu btl2 jadi, awk pujuk bf awk tu. Nk nikah x perlu ribu2. Duit x guna byk pun. utk kursus, mas kahwin je. Nikah kt pejabat agama. Kalau agama lain, cukup lah register kt jpn and buat simple2. Sy nikah dulu guna 3k je tu pun utk jamuan makan. Kami nikah je sbb sy x suka membazir (jenis syg duit).
Baca lagiMaaf cakap sis... anak tu bukan dibawah tanggungjawab bf tu... dia tiada hak. Ye betul dia yg pregnantkan awak tp tnpa ikatan yg sah. Andai awak Islam, segera berubah cari sinar baru demi anak tu. Tinggalkan lelaki mcm tu. Dia bukan nak awak..kalau btul nak dia xkan buat hubungan sex sblm nikah dgn awak.. fikir baik2..
Baca lagidari segi apa yang dia cakap..saya tak rasa dia kena tipu dengan kawan dia..takut dia yang taknak bertanggungjawab..dia usaha pon takde..awak dah la mengandung anak dia..pastu boleh lak dia kata suruh kahwin dengan laki lain..apekejadah ye tu..semoga lepasni sis lebih berhati2 memilih pasangan..jaga anak tu elok2..jangan abaikan dia..
Baca lagiSy single mom sis. Mcm tu juga si laki masalah kewangan. Jarang2 bg duit. Pdahal duit sy mntk tu bkn duit anak. Duit hutang sy. Brg2 baby semua guna duit sy. Cuba la kalau mntk skali duit baby, apa anak sy mau pakai. Mntk byar hutang sbulan 200 pn dh terkebil kebil. 5bulan 100 lah apa lah. Baby nya dia syg dia nak tp duit tkde usaha nak bg.
Baca lagiBetul apa2 yg kawan2 ckp. Teruskan Hidup. Cukuplh nk tambahkan dosa. X perlu ambik risiko utk jdkan suami org mcm ni. .bela sendiri lg baik. Sebenrnya apa yg berlaku tuhan dah tunjuk awal2 utk u fikir the best way yg perlu u pilih. Good luck dear.dont give up.setiap ank ada rezkinya
ramai perempuan dlm dunia ni inginkan zuriat dlm rumah tangga...bila allah dh bagi rezeki anak,kita kena jaga sebaik mungkin amanah yang diberikan...lelaki tak rasa penat mengandung,alahan,sakit bersalin,kena jahit lagi kt bawah tu,berpantang,nk susukan anak...
Mummy to one daughter