Jalan jauh sebab kematian

Tumpang tanya, saya baru lepas tolong kenduri kakak ipar 3hari berturut turut, agak penat, tadi mil call ajak suami balik selangor-kedah sebab pakngah nya meninggal. Saya dah 37w2d, esok pagi ada check up kk, mil kata boleh tunda hari lain je. Tapi minggu lepas nurse pesan perut dah turun banyak, tunggu tanda je. Kalau boleh elak jalan jauh sebab takut bersalin luar kawasan agak rumit lagilagi bila baby kena tahan wad dll. Melainkan memang bercadang nqk pantang disana. Dahlah mil nak 7hari dekat sana sebab tahlil. Saya suruh suami gerak je tanpa saya. Takpun suruh je abang ipar yang tinggal sekali dengan mil yang bawa ke kedah. Saya memang taknak, takut apaapa jadi sebab anak first takde pengalaman. Kalau kat sana baby kena tahan wad lama dah kena cari barang baby lagi. Nak balik angkut barang pun dah berapa habis minyak tol. Duit kami dahlah cukupcukup je. Sebab suami terpaksa tolong mil niaga makanan je, 10pagi-11malam, tu pun kalau hujan atau tak laku takde gaji, jadi duit memang tak banyak mana dengan sewa rumah, bil itu ini. Kakaknya dengan abang ipar tinggal sekali mil, tolong mil juga cumanya dia tak perlu bayar rumah, bil dan makan minum mil support. Belum lagi kena duduk homestay sebab sana rumah pakngahnya tak terima tetamu untuk bermalam, habistu kalau berpantang takkan nak sewa homestay lamalama. Mil kata kalau terberanak pun duduk 2minggu je lepastu boleh balik dah. Saya pula yang nak kena hadap pantang pantang tu jalan jauh. Tapi rasa serba salah pula sebab mil nak anak lakinya drive. Lagipun mil dah call sampai 4x. First call, 11.30malam. Suami dah kata esok ada checkup, mil kata nanti tunda je checkup tu. Sekarang saya punya appointment seminggu sekali, dia minta tunda 7hari. Saya cakap, kalau nak tunda oun tunggu esok pagi saya call inform dan tanya nurse saya dulu. Mil end call. Lepastu 12.06malam mil call balik tanya tak boleh ke tumpang je checkup sana, checkup biasa je kan berat apa semua tu takde apalah, suami cakap lagi, minggu lepas last checkup nirse dah pesan tak boleh jalan jauh. Nak balik perak sebab urgent haritu pun tak jadi. Mil end lagi. Pagi tadi pukul 7.45am mil call lagi tanya dah checkup ke, suami cakap checkup pukul 9am baru nak siapsiap ni. Mil kata lagi kalau selesai awal bagitahu boleh gerak sama. Pukul 8.40am dekat klinik mil call lagi cakap dia dah nak kena gerak, abang ipar yang akan drive. Mil kata kalau suami saya ada dari malam tadi nak gerak dah. Tapi ni dia tunggu sampai pagi pun masih tak selesai checkup lagi. Dia gerak jelah. Dan dia pesan kalau dah selesai takde apa nak gerak, geraklah dia tunggu sana. Saya dengar pun rasa bersalah, yelah sebab sayakan benda jadi. Tapi khamis pun dah kena jumpa doktor pula Patut ke saya pergi je tapi ready barang baby + buku pink etc. Ada ibuibu yang ada pengalaman jalan jauh masa hujunghujung pregnancy? Atau cadangan untuk saya?

49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

tak payah la puan, nanti puan penat kalau nak terberanak puan sendiri takda tenaga nak teran, jalan jauh ni sakit badan puan.

Jalan layan . Sya anak tiga org semua beranak 37w 5d . Pantang rumah org sgt susah lgi2 kt emosi . Jgn smpai angin meroyan .

Jangan buat pasal, risau tgh jln tu tanda ada pula.. Apapun semoga dipermudahkan.. Hope husband awk fhm kdaan wife dia..

𝑨𝒑𝒂 π’Œπ’‚π’•π’‚ 𝒑𝒖𝒂𝒏 π’π’‚π’Œπ’π’ π’”π’‚π’Œπ’Šπ’• 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒕....

tak payah la sis.. tak payah nak jge hati org sgt.. jge dri sendri & bby je lg baik..

sy baca Dan dh Komen kt fb yg awk tny sis... xsangka jumpa sini Lak ✌️😊

sy bersalin 37w 3d sis..πŸ˜‚.. ckp kat suamilah ye.. kalau apa2 jadi nti ssh.

Jenis mak mertua penting diri ni ssh jgk.. Allahu sedih sungguh

A big no. Tegas sikit sis