Utk Kandungan 15week 5day Boleh Travel Tak?

Trip sy 8/7 ke pulau perhentian.. Siapa ada pengalaman bercuti time pregnant 15week.. Lagi2 naik hot..

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Maaf ye , skadar pndpat sy shj maaf klau x ngam dhati .. act , naik bot nii especially speed boat atau apa² je water transport nii kan agak loncat² bile time wavy tuu , so for me I don't prefer awk naik bot sbb risau kat baby .. but lain org lain daya ketahanan bdan right ? Better awk fikir sbaik mngkin which one is the best choice tau syang 💕 smoga awk and baby sehat² sentiasa aamiinn

Baca lagi

Sy awal bulan 3 haritu sis masa 13weeks pergi Pangkor naik bot laju, snorkelling semua Alhamdulillah diri dan kandungan semua okay. Btw, sy pun sama 9/7 ni pergi perhentian 😅 masatu kandungan InShaaAllah 29weeks. Sy rasa lain orang lain kekuatan kandungannya. Kalau sis risau untuk snorkelling dan naik bot laju maybe perlu tangguh dulu

Baca lagi

Pendapat saya wlaupun dah masuk fasa PKPP tapi risiko penyakit berjangkit ni tak boleh nak jangka tambah lagi tempat tumpuan, tambah lagi aktiviti air. Tapi semua tu terpulang pada individu tu sendiri la, masa depan mereka kan. Bagi saya selagi tak jumpa vaksin & kes luar negara belum turun selagi tu virus ada dimana-mana.

Baca lagi

Kalau boleh elakkan travel dulu sis. Saya pernah gugur time 15weeks tu sebabnya banyak berjalan sampaikan dah betul betul penat baru rest. Ingat baby okayy la sebab second trimester tapi doktor kata 15weeks tu rahim and baby tak kuat lagi. 17weeks keatas macam tu baru okayy tapi still kena hati hati jugak.

Baca lagi

Assalamualaikum sis ... Sy x cadangkan pergi atau pun tidak ..tp sy cadangkan sis utk solat isthikarah minta pentunjuk sama ada boleh pergi atau tidak ...sebaik2 perancangan lebih baik lagi perancangan dari Allah SWT .. Saya doakan sis dipermudahkan setiap urusan Aamiin ya Mujeeb

Kalo sy.. sy x pergi.. nak naik bot bagai.. byk masa lain lg nak gi bercuti.. if anything happens to ur pregnancy mase tu awk akan menyesal smpi bila2.. kalo nak bercuti jugak.. pergi la resort reachable by car.. x yah nak susah2 panjat bot

Terpulang pada awak. Kalau awak rasa awak dan kandungan dah cukup kuat and takda masalah, pergi jela. Kalau saya, saya rela cancel trip ke perhentian. Lagi-lagi first baby. Tak pun awak mintak advice dari doctor berkenaan hal ni.

Huuu naik bot tu sis. Terhentak kuat kot. Sy pengalaman naik bot bnyk kali da. Tp time pregnant, even rahim kuat pon, still tak berani. Ombak badai tu mana kita nk jangka. Langgar bot kita nanti.

Naik bot ke pulau dari jeti tak bahaya pon sbb boat besar. Kurang hentakan. Cuma tak perlu buat Aktiviti snorkelling sbb selalu diorg akan pakai boat kecik. Hentakan kuat.

Bagi sy sis..better sis tukar plan..g brcuti tempat2 yg relex..yg xperlu naik bot bgai..naik keta then dh smpai situ..