Parents, Jom Bawa Anak- Anak Makan Aiskrim Terlaris Di Dunia Ben & Jerry’s di Sunway Piramid
Tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa memang gemar menikmati keenakan rasa aiskrim dengan pelbagai perisa yang dapat menyuntik kegembiraan setiap hari. Atas sebab itu, syarikat aiskrim terkenal di dunia, Ben & Jerry's secara rasminya telah membuka Scoop Shop pertama Malaysia di Sunway Piramid (Central Avenue). Apa yang lagi best, sempena pembukaan rasmi cawangannya itu, jenama aiskrim ini mengalukan kehadiran rakyat Malaysia dengan 10,000 kon aiskrim percuma pada Isnin, 2 September yang lalu. Mereka menghidangkan 16 perisa aiskrim yang menarik termasuklah yang terlaris di dunia seperti Cherry Garcia, Chocolate Fudge Brownie, Chunky Monkey, New York Super Fudge Chunk, Triple Caramel Chunk dan Tonight Dough. Selain turut menampilkan shakes, sundaes, kek aiskrim dan beberapa aneka produknya yang lain. Dalam menghasilkan jenama aiskrim yang best dan sedap, Ben & Jerry's juga mempunyai kelebihan lain dari segi kekuatan dan nilai positif yang dapat mencetuskan perubahan sosial dan alam sekitar. Dalam masa yang sama Ben & Jerry's juga bekerjasama dengan eat X dignity bagi menyediakan peluang keusahawanan dalam industri makanan dan minuman kepada pelajar kurang bernasib baik di Malaysia. Selain itu, Scoop Shop juga akan mengambil bahagian dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik pakai buang di outlet mereka. Malah pihaknya juga menawarkan penyedut minuman kertas yang boleh biodegradasi dan sudu kayu kepada para pelanggan. Jenama aiskrim terkenal ini juga boleh didapati dalam semua pasaraya utama seperti AEON, Jaya Grocer's dan Sam's Groceria. Buat pengetahuan peminat aiskrim, Scoop Shop Ben & Jerry's di Sunway Piramid telah mula beroperasi pada 30 Ogos yang lalu.