Sesi Tanya Pakar bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community

Tidak dinafikan bahawa bekerja sambil menguruskan hal rumah tangga kadang kala boleh menyebabkan stres dan tekanan. Adakah anda ibu bapa yang bekerja? Bagaimana cara nak kurangkan stres di tempat kerja supaya boleh ceria apabila berada dengan yang tersayang? Pernahkan anda terfikir kenapa duduk di rumah pun boleh stres? Tahukah anda apa punca stres? Stres atau tekanan boleh datang dari diri sendiri kerana ia adalah "faktor dalaman" yang seringkali dipengaruhi oleh perwatakan seseorang itu. Hal ini harus di ambil berat kerana jika kita tidak tahu cara menguruskan dan mengatasinya, ia boleh memudaratkan diri kita sendiri. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu pengurusan stress di rumah dan tempat kerja untuk ibu bapa yang bekerja dan cara untuk mengatasinya bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community pada 21 April, hari Khamis, jam 12 tengahari. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community
11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi doc. Anak prtma sy bru brumur 1 tahun 2 bulan, sy mengandung sejak anak sy bru brumur 9 bulan. Sy mmg ambil perancang tp ttap termengandung juga. Sy mula2 okay je tp lama2 kelamaan sy rsa stress sbb bila trfikirkan anak yg bru 1 tahun, sy ksihankn anak sy 😢dlm masa yg sama sy pnat urus anak dgn prut sy yg semakin membesar ini skrg dh 7 bulan dan yg paling sy rsa brsalah bila anak sy nk mnyusu bdn sy rsa marah dn akan cubit anak sy 😭😭sy bkn tknk mnyusu kn tp sy dah tak rsa selesa mcm dlu 😢 bagaimana kah sy nk hilangkan rsa stress itu spya tk mnyakiktan sy dan anak sy. 😢🙏

Baca lagi
2y ago

Semasa kehamilan, tahap hormon sentiasa berubah untuk menyokong kehamilan sehingga penghantaran. Dengan hormon yang berubah secara berterusan selama sembilan bulan, emosi dan fizikal badan anda akan berubah juga. Oleh itu, ketidak stabilan emosi adalah keadaan yang biasa dan boleh diuruskan. Anda boleh cuba menguruskan tekanan dengan latihan relaksasi seperti : Deep Breathing/ Penafasan Dalam ( https://www.youtube.com/watch?v=acUZdGd_3Dg) dan Progressive Muscle Relaxation (https://www.youtube.com/watch?v=ihO02wUzgkc). Sokongan sosial dan bantuan dari keluarga juga amat penting pada masa ini as you are only one human after all. I strongly believe that it takes a village to raise a child', bebanan ini tidak perlu dipikul oleh anda seorang sahaja. Jika anda rasa keadaan and emosi tidak ada perubahan dan jadi lebih teruk, sila dapatkan one to one consultation dari mental health professionals.Thank you and hope this helps, do reach out if you have more questions!