Sesi Tanya Pakar bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community

Tidak dinafikan bahawa bekerja sambil menguruskan hal rumah tangga kadang kala boleh menyebabkan stres dan tekanan. Adakah anda ibu bapa yang bekerja? Bagaimana cara nak kurangkan stres di tempat kerja supaya boleh ceria apabila berada dengan yang tersayang? Pernahkan anda terfikir kenapa duduk di rumah pun boleh stres? Tahukah anda apa punca stres? Stres atau tekanan boleh datang dari diri sendiri kerana ia adalah "faktor dalaman" yang seringkali dipengaruhi oleh perwatakan seseorang itu. Hal ini harus di ambil berat kerana jika kita tidak tahu cara menguruskan dan mengatasinya, ia boleh memudaratkan diri kita sendiri. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu pengurusan stress di rumah dan tempat kerja untuk ibu bapa yang bekerja dan cara untuk mengatasinya bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community pada 21 April, hari Khamis, jam 12 tengahari. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community
11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi doktor,saya fully housewife dan mempunyai seorang anak yang berusia 11m.saya tak dinafikan jadi housewife ni agk meletihkan.tpi akhir2 ini saya semakin stress dan emotional...kadang tu smpai tak boleh kawal emosi tambah anak meragam...macam mana nak atasi ya doc??

2y ago

Hello Anonymous, thank you for reaching out to me! Ia adalah baik bahawa anda sedar tentang anda semakin stress dan emotional. Saya mengalakkan anda membuat Care Giver Self Assessment sebagai satu objective screening. Jika scores anda tinggi and menunjukkan anda mengalami stres yang tinggi, anda boleh dapatkan one to one consultation dari mental health professionals. Sementara itu, anda boleh cuba amalkan gaya hidup yang lebih sihat dan menguruskan tekanan dengan latihan relaksasi. Gaya hidup yang sihat menrangkumi - exercise selama 30 minutes se hari, makan diet yang seimbang (kurangkan sugar dan refined carbs, lebihkan omega 3 fatty acids dan gelak mengambil nicotine/alcohol. Self care adalah penting, anda juga boleh melakukan aktiviti yang berfaedah yang boleh meningkatkan pleasure dan harga diri anda, seperti hobi anda atau belajar tentang sesuatu yang baru. Deep Breathing/ Penafasan Dalam ( https://www.youtube.com/watch?v=acUZdGd_3Dg) dan Progressive Muscle Relaxation (https://w