Sesi Tanya Pakar bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community

Tidak dinafikan bahawa bekerja sambil menguruskan hal rumah tangga kadang kala boleh menyebabkan stres dan tekanan. Adakah anda ibu bapa yang bekerja? Bagaimana cara nak kurangkan stres di tempat kerja supaya boleh ceria apabila berada dengan yang tersayang? Pernahkan anda terfikir kenapa duduk di rumah pun boleh stres? Tahukah anda apa punca stres? Stres atau tekanan boleh datang dari diri sendiri kerana ia adalah "faktor dalaman" yang seringkali dipengaruhi oleh perwatakan seseorang itu. Hal ini harus di ambil berat kerana jika kita tidak tahu cara menguruskan dan mengatasinya, ia boleh memudaratkan diri kita sendiri. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu pengurusan stress di rumah dan tempat kerja untuk ibu bapa yang bekerja dan cara untuk mengatasinya bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community pada 21 April, hari Khamis, jam 12 tengahari. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community
11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum..saya dah memasuki 39minggu..tp blom ada tanda tanda tuk bersalin..mcmn ya..risau jgk saya nii..

2y ago

Hello Anonymous, I can see that anda sangat risau tentang proses untuk bersalin. Sila hubungi doctor anda untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat tentang keadaan anda. Apabila kita mengalami stres, kita akan mempunyai pemikiran negatif yang boleh menjadikan simptoms anxieti atau kerisauan yang terlampau. Sementara itu, anda boleh cuba menguruskan tekanan dengan latihan relaksasi seperti : Deep Breathing/ Penafasan Dalam ( https://www.youtube.com/watch?v=acUZdGd_3Dg) dan Progressive Muscle Relaxation (https://www.youtube.com/watch?v=ihO02wUzgkc). Thank you and hope this helps, reach out should you have more queries!