Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Kiran Kaur, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia (Klang)

Terasa seperti ada benjolan di bahagian payudara anda? Sakit seperti berdenyut? Adakah ianya kanser payudara? Bagaimana dan sejak bila ada? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Ketahui segalanya tentang kanser payudara dengan bermulanya daripada tanda awal, kesan sampingan dan rawatan yang diperlukan untuk mereka yang menghidap kanser payudara secara terus bersama dengan Dr. Kiran Kaur, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia (Klang) pada 28 Oktober, hari Khamis. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Kiran Kaur, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia (Klang)
17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai doc, nak tanya kalau kita jarang menyusukan anak sebab bekerja dan ada lump bawah ketiak, sekiranya kuantiti susu badan makin berkurangan, ada ke kaitan lump tu disebabkan oleh susu tersumbat dan akhirnya boleh menyebabkan kanser?

4y ago

hi. bengkak susu boleh menyebabkan ketulan yang agak sakit di payudara. bengkak susu itu sendiri tidak akan menyebabkan ketulan di ketiak. jika terdapat ketulan di payudara ataupun ketiak, sila berjumpa dgn doktor utk examination and further investigation so that puan boleh dapatkan diagnosis yang betul dan tepat.