Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Kiran Kaur, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia (Klang)

Terasa seperti ada benjolan di bahagian payudara anda? Sakit seperti berdenyut? Adakah ianya kanser payudara? Bagaimana dan sejak bila ada? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Ketahui segalanya tentang kanser payudara dengan bermulanya daripada tanda awal, kesan sampingan dan rawatan yang diperlukan untuk mereka yang menghidap kanser payudara secara terus bersama dengan Dr. Kiran Kaur, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia (Klang) pada 28 Oktober, hari Khamis. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Kiran Kaur, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia (Klang)
17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai doctr , sya pernah menjalankan pembedahan di hosp gov kerana pakar dapati ada ketulan besar di payudara sebelah kiri , pada masa itu saya masih lagi belum berkahwin dan berusia 22 tahun. Selepas 2 bulan saya datang ke hosp dan dr memberi tahu itu hanya breast lum lebih kurang dalam 4cm dah buang dec 2018. Apa yang membuatkan saya risau ketulan itu masih ada selepas pembedahan di buat , dan sekarang ini saya sudah berkahwin dan mengandung, saya sedang mengandung 7 bulan . Soalan saya, adakah ia merbahaya pada saya atau ada risiko lain bila menyusukan anak nanti ?

Baca lagi
4y ago

Hi. Sama ada ketulan itu bahaya ataupun tidak bergantung kepada keputusan dari makmal setelah biji itu dikeluarkan. Tanpa keputusan itu, sukar utk beritahu samada ketulan itu bahaya ataupun tidak. Sekiranya puan masih ada ketulan di payudara, sila dapatkan Ultrasound utk confirmkan ketulan itu. Ultrasound selamat utk dilakukan ketika mengandung.