Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Kiran Kaur, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia (Klang)

Terasa seperti ada benjolan di bahagian payudara anda? Sakit seperti berdenyut? Adakah ianya kanser payudara? Bagaimana dan sejak bila ada? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Ketahui segalanya tentang kanser payudara dengan bermulanya daripada tanda awal, kesan sampingan dan rawatan yang diperlukan untuk mereka yang menghidap kanser payudara secara terus bersama dengan Dr. Kiran Kaur, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia (Klang) pada 28 Oktober, hari Khamis. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Kiran Kaur, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia (Klang)
17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai doctor , .. sy ada ank kecil seusia 5bln .. ketika ank sy berumur 4bln susu sy drop terus .. ape yg perlu sy buat skrg utk kembalikn susu bdn sy semula ... terus terang sy katakan ..sy trlalu kecewa dgn diri sy kerna xdpt susu kn ank sy shingga umurnye mencecah 2 tahun .. ni ank yg ke 2

4y ago

Hi. Terdapat rawatan untuk meningkatkan semula susu badan tetapi puan harus berjumpa dengan pakar untuk check payudara sebelum apa apa rawatan dimulakan