Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Kiran Kaur, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia (Klang)

Terasa seperti ada benjolan di bahagian payudara anda? Sakit seperti berdenyut? Adakah ianya kanser payudara? Bagaimana dan sejak bila ada? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Ketahui segalanya tentang kanser payudara dengan bermulanya daripada tanda awal, kesan sampingan dan rawatan yang diperlukan untuk mereka yang menghidap kanser payudara secara terus bersama dengan Dr. Kiran Kaur, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia (Klang) pada 28 Oktober, hari Khamis. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Kiran Kaur, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia (Klang)
17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi Doc, Kalau rasa sakit pada bahagian ketiak dan hanya sesekali ada benjolan pada ketiak tetapi ia bila dirasa hanya seketika sahaja ia ada. Adakah ia dikhuatiri tanda awal? Berapa kerap seorang wanita perlu membuat pengesanan kanser payudara melalui memogram? Terima kasih Doc

Baca lagi
4y ago

Hi. Ketulan di ketiak boleh disebabkan oleh bengkak kelenjar limpa (disebabkan oleh masalah payu dara) ataupun jangkitan kuman di ketiak. Puan boleh berjumpa dengan doktor utk evaluate masalah ketiak puan. Mammogram disarankan setiap 2 tahun sekali untuk wanita berumur lebih 50 tahun. Utk wanita kurang drp 40 tahun, Ultrasound payudara/ ketiak lebih sesuai dilakukan.