Gugur kali ke 4

Terasa perit dengan kehilangan. Berhari makan bersulam airmata..gagah juga menaip sebab nak lepaskan apa yg terbuku😭 3.6.2020 cek upt . Masa tu dpo 8. Upt dh naik very faint line. Syukur tak terkataaaaa. Diam je tak bagithu sape². Sampai ibu abah adik² dtg dr kuantan - lumut. Adik tegur..perut cm pelik. Mybe sbb aku ni jenis gemok kan..so perut nampak. But takde laa sebesar 5 6 bulan. Aku takleh sorok sbb esoknya dorg ajak jalan ke pulau..then smasa pregnant..aku sgt² berjaga. Even ada la sometimes terasa hati..but aku ignorekan..pikir baby. Happy tak terkata bila scan 6w3d..dia ada jantung yg comellllll..due date sepatutnya 20hb 2 2021. Then sbb dh 3 kali gugur..aku nekad buat scan kerap sikit utk tahu perkembangan dia. Alhamdulillah. Scan next week tu..dia sihat..cume selang 1w. Aku kerap mimpi org bg aku baby..then dlm mimpi pon aku amik baby tu..tp sbb firasat seorg ibu pd dirii sendiri benar..sbb aku takot tetiba lepas dpt mimpi tu..sbb teringat anak anak yg lepas..mimpi cmtu then baby terus takde jantung dalam istilah lain..aku gugur. Aku nekad p scan smula . Mmg ternyata ..baby stop dh jantung yg berdegup comel minggu lepas. Terdiam tanpa kata..airmta jee basahi pipi. Tak tahu apa punca..4 4 stop membesar around 7w. Anak 1st dan 2nd je bleeding bru jatuh. No 3 dan 4 . Takde sakit takde bleeding..ttbe jantung stop. Allah..kuatkan hati hamba yg kau uji 😭😭. Terasa sebak sbb dia masih dalam perut smpai skrg.. #Harapadasinarbaru.

Gugur kali ke 4
87 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya pun pernah gugur waktu 6 minggu.. lepas gugur saya sakit2.. then cuba perubatan islam.. sebab keluar darah tak berhenti2 lebih dari 14 hari.. bila pergi berubat baru tahu memang ada yang menumpang dan anak saya gugur pun punca dari benda tu.. memang susah nak percaya sebab kite tak nampak.. tapi selagi boleh berubat cuba la usaha kan.. makhluk ghaib nie memang wujud.. alhamdulillah sekarang saya pregnant baby ke 2.. semoga Allah lindungi yang kedua ni dari perkara2 yang tak diingini lagi.. dan semoga puan juga dikurnia kan zuriat yang sihat selepas nie.. inshaAllah yang pergi tu menanti puan di syurga..

Baca lagi