Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras

Tanya soalan tentang persediaan sebelum, sewaktu dan selepas menyusu badan pada Khamis, 5 Ogos 2021, jam 3 petang. Sempena sambutan Minggu Menyusu Badan, kami berbesar hati membawa sesi tanya pakar minggu ini. Sama ada anda ibu yang baru menyusu atau sudah lama menyusu, dah tentu anda ada soalan untuk pakar kan? Di sini, anda berpeluang untuk tanya apa-apa sahaja yang berkenaan dengan menyusu badan kepada seorang pakar! Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hai, salam sejahtera puan Simranjit.. Doc, sy ada baby berusia 5 bln.. masalah sy baby saya hanya nk menyusu breast sblh kiri shj.. sblh kanan dia x nk.. Saya ada perasan susu sblh kanan keluar sedikit bila diperah.. Apa yg perlu sy buat, doc?

Baca lagi
4y ago

terima kasih doc 😊