Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras

Tanya soalan tentang persediaan sebelum, sewaktu dan selepas menyusu badan pada Khamis, 5 Ogos 2021, jam 3 petang. Sempena sambutan Minggu Menyusu Badan, kami berbesar hati membawa sesi tanya pakar minggu ini. Sama ada anda ibu yang baru menyusu atau sudah lama menyusu, dah tentu anda ada soalan untuk pakar kan? Di sini, anda berpeluang untuk tanya apa-apa sahaja yang berkenaan dengan menyusu badan kepada seorang pakar! Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Selamat sejahtera, Pn. Siramjit. Anak pertama saya kini sudah 7 bulan 25 hari menyusu badan. Saya ada beberapa soalan: a) Air susu dah tak meleleh dr payudara kalau nak dibandingkan semasa 4 bulan pertama saya menyusukan anak, adakah bermaksud supply susu berkurangan atau dah stabil? b).Adakah normal yang saya masih tidak datang haid lagi? Adakah payudara akan berhenti menghasilkan susu apabila datang haid? c) Anak saya ekzema, jadi nurse suruh pantang bila makan sebab anak menyusu badan. Tapi ada doctor yg beritahu, x perlu jaga makan. Yang mana satu nak ikut? d)Macam mana nak tahu kalau liang puting susu tersumbat? Saya x boleh bezakan dari bulan 1 sampai sekarang. Ada bahan bacaan yg blh saya rujuk? e) Adakah milk booster membantu dalam satu masa walaupun dah bulan ke-7 menyusukan anak? Terima kasih kerana sudi membaca/menjawab soalan saya.

Baca lagi
4y ago

Hi, 1) Tidak. Susu mmg tak akan menitis anymore sebab badan Dah faham demand baby. Breast soft tak bermaksud susu kurang 2) Normal sebab it’s hormonal so sometimes maybe lambat; nothing to worry. Once Dah datang haid, continue latching on demand. Susu tak kan stop. Sometimes unstable a while then increase balik. Paling penting latch on demand 3) Best person to consult is your Dr sebab mesti ambil tahu ape Yang trigger the eczema. If baby is allergic to something, then of course makan in moderation. 4) if susu Tersumbat, susu tak kan keluar, rasa ketulan di breast, sakit. None of this, it means tak tersumbat. 5) Milk booster is additional things kita makan untuk lebihkan susu, sometimes jadi sometimes tak. So I would suggest it’s optional. Most importantly latch on demand You’re welcome