Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras

Tanya soalan tentang persediaan sebelum, sewaktu dan selepas menyusu badan pada Khamis, 5 Ogos 2021, jam 3 petang. Sempena sambutan Minggu Menyusu Badan, kami berbesar hati membawa sesi tanya pakar minggu ini. Sama ada anda ibu yang baru menyusu atau sudah lama menyusu, dah tentu anda ada soalan untuk pakar kan? Di sini, anda berpeluang untuk tanya apa-apa sahaja yang berkenaan dengan menyusu badan kepada seorang pakar! Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy skarang dlam 30 weeks, normal ka kalau mcam ibu2 lain ada crita pengalaman diorang bila mana dlam minggu2 mcam ni kluar lendiran putih dari payudara tapi sy belum mengalaminya lagi, Saya berniat untuk berikan susu badan kepada anak saya nnti jadi adakah saya kena mengepam susu ataupun biar anak yg hisap sendiri sbb sy terbaca kisah baru ni di Facebook, si ibu menyusukan anak tapi tanpa sedar anak hisap puting kosong sahaja sbb susu tak kluar smpai berat anak susut bnyak

Baca lagi
4y ago

Hi, Ade mummy Yang susu menitis sebelum delivery and ade mummy tak experience which is totally normal. Once placenta Dah keluar, Baru hormones will work and susu akan keluar. Tak semestinya takde susu menitis means Nanti kurang susu. Asalkan latch betul, susu mmg akan ade