Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras

Tanya soalan tentang persediaan sebelum, sewaktu dan selepas menyusu badan pada Khamis, 5 Ogos 2021, jam 3 petang. Sempena sambutan Minggu Menyusu Badan, kami berbesar hati membawa sesi tanya pakar minggu ini. Sama ada anda ibu yang baru menyusu atau sudah lama menyusu, dah tentu anda ada soalan untuk pakar kan? Di sini, anda berpeluang untuk tanya apa-apa sahaja yang berkenaan dengan menyusu badan kepada seorang pakar! Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Puan Simranjit Saya baru bersalin anak pertama dan kini baby saya sudah 27 hari. Susu badan saya banyak tapi baby tak mahu direct feeding kerana sejak baby sudah terbiasa dgn botol. Baby saya sudah hisap botol susu sejak lepas dilahirkan sebab nipple saya agak inverted. Jadi sekarang saya akan pam susu every two hours dan akan feed baby menggunakan botol. Soalan saya: 1. Breast saya kerap bengkak meskipun saya pam every two hours. Bagaimana saya boleh atasi masalah ini? 2. Saya ingin sekali direct feeding tapi baby reject kerana sudah terbiasa dgn botol. Ada ke cara supaya baby boleh terima direct feeding? Terima kasih.

Baca lagi
4y ago

Depending on your nipple inversion, Lactation Consultant may check if need additional tools like “nipple shield” or boleh latch directly. Need to work with a Lc yea.