Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras

Tanya soalan tentang persediaan sebelum, sewaktu dan selepas menyusu badan pada Khamis, 5 Ogos 2021, jam 3 petang. Sempena sambutan Minggu Menyusu Badan, kami berbesar hati membawa sesi tanya pakar minggu ini. Sama ada anda ibu yang baru menyusu atau sudah lama menyusu, dah tentu anda ada soalan untuk pakar kan? Di sini, anda berpeluang untuk tanya apa-apa sahaja yang berkenaan dengan menyusu badan kepada seorang pakar! Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Simranjit Kaur, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC), Pantai Hospital Cheras
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam sejahtera Puan, saya bakal ibu yg akan bersalin pada awal bulan 9 nanti.. ini kehamilan saya yg pertama.. saya nak bertanya, apa persediaan yg perlu saya lakukan untuk saya menyusukan bayi yg bakal saya lahirkan kelak.. selain minum air masak yg mencukupi, adakah saya perlu mengepam susu untuk menggalakkan lagi pengeluaran air susu saya?

Baca lagi
4y ago

Hi, Firstly, I suggest attend a breastfeeding class so belajar tentang penyusuan then puan lebih confident Dan tahu cara cara nak position and latch baby etc. Paling penting, masa pantang,Latch on demand, tak perlu pump