Berpantang dengan mertua

Tak lama lagi sy akan berpantang. Sy berpantang dgn keluarga sy, tp bila mertua datang, sy akan pulang ke rumah sendiri dan sambung berpantang dirumah sendiri bersama mertua. Keluarga mertua asal jauh di utara manakala rumah sy dan ibubapa sy di belah pantai timur. Jarak antara rumah sy dan rumah parents hanyalah 10km shj. Sy kurang selesa sejujurnya sebab duk asyik pikir tak nak susahkan mertua, kena sedia makanan, basuh baju, sidai baju, sediakan air mandi atau apa shj berkaitan dgn org dlm pantang. Dalam masa yg sama, sy nak rehat tanpa perlu memikirkan perlu entertain tetamu (keluarga mertua) sy nk urus anak dan rehat shj. Kebiasaannya keluarga mertua akan dtg dlm tempoh masa yg agak lama. Dan pengalaman berpantang anak2 yg sebelum ni sy fully berpantang dgn parents sy, memang setiap anak selesa bila pantang dgn mak sendiri kan? Lagi2 kalau ada adik2 yg boleh kita minta tolong tanpa rasa segan. Belum lg berpantang dh pikir nanti nak rehat kt ruang mana dlm rumah sendiri. Tak kan nk berkurung je dlm bilik? Tak kan tiap kali nk menyusu anak kena masuk bilik? Manis ke kalau baring kat sofa ruang tamu sdgkan mertua n ipar2 ada? Kt mana nk bertungku/berurut nanti CL dtg? Tak kn nk masuk bilik utama? Tak kan nk urut depan mertua? Dgn berkemban nya. Bilik tetamu dh occupied sbb keluarga mertua dtg. Semua ni sy buat demi nak jaga hati mertua dan suami. Perlukah sy jaga hati mereka dan korbankan mental health sy? Sy buntu dan belum sedia nak hadap situasi ni.

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Cuba bincang dgn husband elok2 sbb situasi mmg tak sesuai, ni bukan soal jaga hati org ke apa drp kita mkn hati. Sy dah 7tahun bersalin anak ke2 masih ingat lagi kata2 mertua "ingatkan bersalin czer senang". Makan dalam bertahun2. Lps 7tahun Allah bg rezeki anak lg, kena czer lg. Dlm masa yg sama biras pun bersalin, selang sehari je. Biras sy check in check out hospital semalaman je sng beranak, sy dlm hospital 5hari isnin smpai sabtu. Ini pun org boleh compare. Yg sy dgr lps ni dah tak boleh lasak la mengandaikan sy lemah tak pndai beranak.

Baca lagi