Berpantang dengan mertua

Tak lama lagi sy akan berpantang. Sy berpantang dgn keluarga sy, tp bila mertua datang, sy akan pulang ke rumah sendiri dan sambung berpantang dirumah sendiri bersama mertua. Keluarga mertua asal jauh di utara manakala rumah sy dan ibubapa sy di belah pantai timur. Jarak antara rumah sy dan rumah parents hanyalah 10km shj. Sy kurang selesa sejujurnya sebab duk asyik pikir tak nak susahkan mertua, kena sedia makanan, basuh baju, sidai baju, sediakan air mandi atau apa shj berkaitan dgn org dlm pantang. Dalam masa yg sama, sy nak rehat tanpa perlu memikirkan perlu entertain tetamu (keluarga mertua) sy nk urus anak dan rehat shj. Kebiasaannya keluarga mertua akan dtg dlm tempoh masa yg agak lama. Dan pengalaman berpantang anak2 yg sebelum ni sy fully berpantang dgn parents sy, memang setiap anak selesa bila pantang dgn mak sendiri kan? Lagi2 kalau ada adik2 yg boleh kita minta tolong tanpa rasa segan. Belum lg berpantang dh pikir nanti nak rehat kt ruang mana dlm rumah sendiri. Tak kan nk berkurung je dlm bilik? Tak kan tiap kali nk menyusu anak kena masuk bilik? Manis ke kalau baring kat sofa ruang tamu sdgkan mertua n ipar2 ada? Kt mana nk bertungku/berurut nanti CL dtg? Tak kn nk masuk bilik utama? Tak kan nk urut depan mertua? Dgn berkemban nya. Bilik tetamu dh occupied sbb keluarga mertua dtg. Semua ni sy buat demi nak jaga hati mertua dan suami. Perlukah sy jaga hati mereka dan korbankan mental health sy? Sy buntu dan belum sedia nak hadap situasi ni.

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya orang utara suami orang selatan. Saya tak rapat sangat dengan mentua dan ipar duai… Sekadar baik gitu2 ja… Saya pon tinggal dekat rumah mentua Mentua kadang2 p tidur rumah saya kadang weekend kami balik tidur rumah mentua Berpantang anak pertama dan kedua dirumah mentua Sepanjang berpantang saya duduk dalam bilik. Mentua pon suruh saya duduk dalam bilik supaya saya selesa bila nak tidur nak baring nak nyusu baby Pagi2 saya bangun siap mandi, mentua akan mandikan baby, siapkan baby then saya akan nyusukan baby pastu saya akan bak keluar baby letak dirumah tamu, kot2 ada tetamu ka nurses datang melawat… Saya bertungku berurut semua dalam bilik. Saya direct breastfeeding baby pon dalam bilik… Setiap kali nyusu semua dalam bilik.. Kalau ada tetamu saya akan bagitau saya nak kena nyusu baby dalam bilik… Basuh baju sidai baju kutip baju lipat baju semua suami buat Malam2 suami akan kutip2 baju baby yang kena rendam, baju kami dia basuh siap2 malam2.. Pagi2 dia sidai, baju baby pagi2 dia basuh then sidai, balik kerja dia kutip dia lipat Bab makan mentua sediakan Mentua saya jenis tak suka paksa apa2 dia akan tanya dulu saya nak ka tak saya okay ka tak saya suka ka tak… bab baby pon dia tak banyak hal sangat dia tolong time mandi ja lain2 baby banyak dengan saya… Itu semua berlaku selama sebulan. Masuk bulan kedua saya buat semua sendiri Mandi baby sendiri basuh baju sendiri masak ja mentua buatkan Saya stay selama 2bulan lebih gitu… Nak kata selesa tu tak berapa selesa sangat tapi pada saya okay sebab ada orag tolong mentua sudi tolong jaga saya semasa suami kerja masa suami takda kalau tak saya sorang2, tambahan saya czer, 2 anak 2x czer… Sebelum bersalin saya bagitau saya just nak berpantang biasa2 jaa Taknak mandi air daun itu ini, cukup sekadar bertungku n berurut. Berurut pon selepas sebulan sebab saya czer… Makan pon saya makan ja macam biasa telur ka ayam ka semua saya makan so rasa tak menyusahkan sangat la mentua nak masak asing untuk saya… Mentua tak banyak ganggu masa saya sepanjang berpantang… Mungkin itu buat saya rasa okay jaa berpantang dengan mentua…

Baca lagi
1y ago

Sebelum bersalin kita mesti dah tahu kita akan berpantang dimana So pada saya kena set dalam kepala awal2… Kalau dirumah family sendiri memang kita akan selesa happy Kalau dirumah miL kita kena get ready siap2 mental fizikal sebab kita tahu situasi kita hubungan kita dengan miL macamana Pada saya, saya berterima kasih sangat la pda miL sebab sudi tumpangkan saya sudi jaga saya sementara suami kerja n family jauh di utara…