Sesi Tanya Pakar bersama Dr R. June George, Pakar Obstetrik dan Genikologi, Pantai Hospital Sungai Petani

Tahukah anda period tidak teratur ni boleh menjadi isu penting? Adakah period anda tidak menentu? Susah untuk mengandung? Mood berubah secara tiba-tiba? Pernah tak anda mendengar tentang PCOS atau PCOD? PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit. Manakala PCOD pula adalah keadaan di mana ovari menghasilkan banyak telur yang tidak matang atau separa matang, ini berlaku disebabkan oleh gaya hidup yang buruk, obesiti, tekanan dan ketidakseimbangan hormon. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Ketahu segalanya tentang PCOD dan PCOS dan cara untuk mengatasinya bersama dengan Dr R. June George, Pakar Obstetrik dan Genikologi, Pantai Hospital Sungai Petani pada 24 Februari, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr R. June George, Pakar Obstetrik dan Genikologi, Pantai Hospital Sungai Petani
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

hai dan selamat sejahtera Dr R.June George 🌹 soalan saya 1.bagaimana kita hendak tahu kita ada pcos atau pcod? 2. apakah rawatan yang perlu di lakukan jika mengalaminya? 3. adakah faktor makanan yang kita makan juga boleh menyebabkan kita mengalaminya selain daripada disebabkan hormon? itu sahaja soalan saya dan saya dahului dengan ucapan terima kasih di atas kesudian doktor menjawab soalan saya🌹❤️ have a nice day🌹

Baca lagi
4y ago

Untuk soalan 1, Puan perlu rujuk kepada palar sakit puan dan ujian diagnos PCOS biasanya dibuat apabila wanita itu mempunyai mana-mana dua daripada tiga yang berikut. Haid: tidak teratur/ jarang atau tidak ada period. Hormone lelaki (androgen) tinggi: bulu badan dan di muka yang lebih daripada biasa. Ujian darah yang menunjukkan kadar testosteron yang lebih tinggi dari wanita biasa. Imbasan ultrasound yang menunjukkan ovari polisistik.