kacip fatimah?

Jika ada masalah wanita dan masalah haid, sila jumpa doktor Gynaecology. Doktor pakar sakit Puan atau doktor Gynaecology akan buat pemeriksaan , membuat scan rahim dan ovari anda, memastikan jika ada ketumbuhan atau masalah hormon, dan TIDAK akan suruh anda beli Kacip Fatimah, sebab penggunaan Kacip Fatimah ini bukannya Evidence-Based Medicine. Fahamkan perbezaannya. Kacip Fatimah ialah alternatif medicine, bukan evidence-based Medicine. Semua pakar-pakar mengamalkan evidence-based medicine. Sebagai guru kepada doktor yang berlatih menjadi pakar sakit Puan, kami tak pernah sarankan Kacip Fatimah kepada pesakit-pesakit kami. Kenapa Pakar Sakit Puan tidak akan menggalakkan anda beli Kacip Fatimah. Inilah ilmu pengetahuan penting apa yang meningkatkan risiko barah rahim. Jika anda ada masalah haid tidak teratur atau perubahan kepada haid anda, sila berjumpa dengan doktor Gynaecology untuk pemeriksaan. Jangan buat diagnosis sendiri dan jangan beli ubat sendiri, sebab ini sangat merbahaya untuk anda. #ApaApaPunJumpaDoktorNaaaaa Sumber: FB DR.IMELDA BALCHIN

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Good info ... Tq