Campur susu bf dan fm
Hi, sy tengah berpantang. Lepas pantang sy dan suami decide nak campur susu baby, siang hantar ke babysitter bg fm, malam sy df. Disebabkan faktor kekangan di tempat kerja dan kesihatan. Ada tak mommy2 yg campur susu tapi tak pam di tempat kerja? Sbb sy tengah pantang, kalau siang sy tak bf baby rasa breast berat sgt. Mohon bantuan.

sementara sis tengah pantang ni, sis buat la stok susu. bila baby tengah susu sebelah, sis pam yang sebelah. saya tak tau apa pekerjaan sis dan waktu/cara bekerja mcm mana. tapi sis boleh usahakan untuk pam susu tiap kali waktu solat/rehat. kalau tak pam langsung nanti boleh bengkak dan lama² susu akan kering sebab tak ada demand. sekarang pun ada pelbagai jenis pam susu handsfree. nak dengan tak nak je usaha untuk cari waktu pam. lagi satu, kalau kurang pam waktu pagi-petang, saya sarankan sis buat power pumping belah malam. cari waktu yang sesuai utk buat power pumping ni. pastikan buat setiap malam pada waktu yang sama supaya badan dpt signal timing ni kena hasilkan lebih. malam pun tetap kena pam untuk buat stok walaupun anak df. InshaAllah susu badan boleh maintain. memang penat kalau bf ni. kena korbankan tido. semoga dipermudah perjalan penyusuan anak sis
Baca lagi

