Dilema
Sy telah bekerja hampir 7 tahun di sebuah syarikat besar. Suami saya menyuruh saya berhenti kerja untuk menjaga anak saya yang baru berusia setahun lebih. Selama ini suami saya yang menjaga anak saya kerana kerja suami saya hanyalah menghadap komputer (bisnes online) yang tidak memerlukan dia keluar dari rumah. Saya juga rasa bersalah kerana saya bekerja 6 hari seminggu dari jam 8 pagi hingga jam 5.30 petang. Masalahnya, tempat yang kami tinggal sekarang adalah rumah mentua saya. Saya tinggal dengan ipar, biras dan anak2 mereka. Saya tidak begitu selesa tinggal di rumah tersebut kerana kami semua berkongsi barang di rumah dan kami ramai. Saya juga inginkan privasi, mahu ada dapur sendiri, tempat sendiri, tutup aib kelemahan masing2 dan beberapa perkara lainnya. Dari ketidakselesaan itu, saya mencadangkan suami untuk menyewa di tempat lain kerana suami saya memang mampu. Namun suami saya tidak bersetuju. Dia tetap menyuruh saya berhenti kerja untuk menjaga anak serta tinggal bersama adik beradiknya 3 org berserta 2 biras dan 3 anak buah. Biasalah kalau duduk 1 rumah, ada saja perkara yang tidak memuaskan hati di kalangan kami. Saya balik2 memujuk suami untuk menyewa rumah tetapi dia enggan. Apa cadangan puan2 sekalian? Maaf pos terlalu panjang. Sekadar minta pendapat.
I Love My children