12 Balas

TapFluencer

Yes, jadi first time mommy kita akan lebih mudah rasa letih, serabut, susah nak biasakan diri, etc. Sebab ini jadual baru selepas berpuluh tahun kita hanya hidup untuk memikirkan diri sendiri semata. Tak challenging. Bila ada anak, satu benda kena terima adalah ---- Jadi ibu itu normal, tapi jadual kehidupan kita takkan jadi normal lagi 😂 So..saya ni jenis tak suka tumpu pada tekanan. Tak kiralah soal anak, kerja atau apa sahaja. Sy akan drag otak sy utk perkara² yg lebih tenang. Let say nak buat kerja, anak asyik nak berkepit je. So santai² je la dgn hal rumah. Nak masak gempak2 ke, kemas gempak2 ke, ketepikan dulu. Buat je dulu apa yg boleh. Masak expres². Dan selebihnya mmg byk masa dgn anak shj. Kat sini, yg plg penting bkn anak nak kena memahami kita. Tapi PASANGAN tu yg kena memahami cabaran yg kita hadap kt rumah. Jangan fikir kita ada sepanjang hari di rumah, maka byk kerja boleh buat. No, no, no. Pasangan wajib terima dan fahami pd fasa ini isteri sgt tak cukup rehat, tak cukup tidur, tak cukup tenang emosinya dan tak cukup untuk melayan diri sendiri. . Anak keempat sy mmg mencabar. Letak dalam baby guard, dia boleh nangis melalak sambil sembam²kan diri kat bantal. Itupun boleh berdarah² mulutnya. So saya angkut je dia guna carrier bila nak masak. Beli carrier yang boleh 2 in 1. Posisi dukung di depan dan belakang. So mmg sy angkut je dia bila perlu. Then lps tu, rehat je dgn dia. Layan dia main, bawa dia tido, sampai waktu makan, bagi makan. Etc. insyaALLAH, semua akan baik². Semua ibu mampu. Chaiyyok²

faham tu... sy anak 1 sampai NAK masok 5 dah .. no 4 Baru 1y7m! skang preggy 5 bulan... pernah lalui Fasa anak 1 Dan 2 jarak setahun je... asben kerja kadang p outstation, xoutstation Pon! balik lambat so mmg sy ajar diri SBB duduk jauh Dari family kan... tapi bkn ajar Pon, cuma tambah baik je masa Dan cara! padahal same je cara Mase bujang tapi ni lagi extra selepas Ade anak.... sejak kahwin Dan Ade anak ni, sy akan bangun seawal subuh setiap hari utk kemas rumah, MASAK etc.... kerja sy akan beres sebelom jam 7.30 pagi Dan time TU! sy boleh buat ape sy suka.... sy xmasak 1 jenis lauk! sy MASAK mmg lebih Dari 2 3 jenis lauk setiap hari!! nak² bila anak dah ramai Dan selera dorang Pon xsame.... sy mmg praktis buat kerja AWAL sejak Dari anak 1 sampai skang SBB sy tahu, bila Ade anak ni.. kerja akan terhad SBB perangai anak ni xsame... andai kata anak bangun awal, same mcm kita... duk merengek je xkena gaya! sy akan biarkan dlu. settlekan kerja Dan sambil TU, borak2 la dgn dia... utk buat dia cool... andai kata, mmg xleh NAK cool dah! ok, angkat Dan layan dia sekejap... bila mood ok, cepat2 sambong buat kerja balik.... sy sejenis mak² bukan, asal anak nangis terus gabra nak p angkat.. sy akan, biarkan je dulu.. kadang anak² ni akan demand bila dia rasa! andai dia nangis terus maknya p angkat.. dia akan jadi manja Dan nak melekat je....

Fahamm..susahkan nak wat keje kalau anak merengek ni. Cara saya kalau anak merengek kag dapur, saya biarkan aje dia merengek kt tepi sbb sy mmg kena buat kerja rumah macam mana pun. At the same time saya keep talking to her, kalau setahun 8 bulan tu macam dh faham kan, saya keep on bagitahu ibu kena masak..harini ibu masak apa, tanya dia macam2, ajak dia menyanyi..ada hari saya bagi dia main kuali letak toys dalam kuali tu biar dia feel masak sama2 bagi dia senduk..mmg ketung ketang la jawab nye... sambil2 dtg dekat dia n keep asking, masak apa harini, maksudnya kena bercakap je dengan dia sampai habis kerja baru lah saya teman dia main. Bila buat macam tu saya perasan anak mmg makin kurang merengek sbb dia faham kita tgh buat kerja tapii mmang penat sikit la sbb akan bercakaaaap je dengan dia. Kalau ada hari dia nangis/tantrum saya habis kan kerja dengan tenang dan cepat lepastu dh habis masak baru dtg pujuk dan bercakap cakap dengan dia hehe yg penting emosi ibu jgn stress2 tenang2 aje kalau something tu tak membawa bahaya pada anak..nangis/merengek tu biasa mommy

ank kita sebaya. mmg tu fasa dia. cara sy, kerja2 utama mmg kena siap within hari yg sama..sy xletak limit masa. ank merengek, sy cuma tenangkn dia, tanya nak apa..ank sy dh mula interact if dia nak something. bab mkn, sy sllu masak lauk yg semua blh mkn, cuma asing pedas/x pedas. brg2 masak sllu sy akn buat seminggu sekali, cth mcm bhn2 tumis blend siap2 simpan chiller, lauk2 basah lps siang, sy letak dlm bekas kecik2, masuk freezer..bila nk masak, transfer ke chiller sblm tidur. bila suami ada di rumah, usahakan utk ank spend time dgn ayahnya walaupun kejap. so sis dpt btenang smntara. suami yg faham, dia tak akn persoal. ni cara yg sy praktikkan sejak ada anak..tipu la klu x burnout..dgn sy tinggal jauh dari keluarga. semua kena urus sendiri. kerjasama dari suami sgt penting demi jaga mental health kita juga.

faham... sy laluinya.. dulu gitulah allahu serabutnyaaa kita dah la lapar anak merengek manjang plk kan.. mmg stress.. sekarang pun sama melekat je duk mana2.. dah 3 tahun alhamdulillah banyak cakapnya.. rajin menolong.. apa kami buat.. sy masak malam..or siang ada jgk.. yg pasti masa anak tidur. siang tinggal panaskan. makanan sy husband masakkan malam, siang tinggal panaskan jgk. selalunya sy masak nasi je. singki penuh tu biasa, selalunya husband balik terus masuk dapur. husband sy kerja syif, pagi petang malam bertukar2. kalau syif pagi habis ofis dia buat kerja part time, mlm baru balik, tp tetap rumah dia settlekan. kalau syif malam, awal pagi tu dia start kerja part time, tengahri baru balik rumah. jd kekuatan sy pd suami yg sama2 urus rumah.

TapFluencer

Normal gitu. Mcm pengalaman saya juga. Deep breathing. Anak dah 3 tahun lebih, walaupun anak ada masa boleh main sendiri, saya masih penat lg sekarang ni tahap penat hingga sakit, belikat, pinggang, tulang ekor. sbb? Sbb anak masih menyusu badan, dia suka hati nak susu belah mana (berat anak dah naik, kan) jadi postur saya tak betul dan masih potty training, saya banyak membongkok bila membersihkan najis anak. So, selitkan lah diri dgn me time; rehat secukupnya dan senam yg sesuai. Setiap minggu, ajak suami keluar rumah, bawa anak. Pergilah taman ke, pantai, makan kat luar dll aktiviti sesuai So, rancanglah diri utk tambah anak ya. Kurangkan juga penggunaan gadget. Bila kita rehat dgn gadget, kita bertambah penat

takpa sis..anggap je tu nanti semua memorie,sebab ada anak 24jam nak ngan kita ( die rasa selamat ) ... kene try and error,saya dulu pun macam tu,kene ade mindset yg bernas,kene berdamai dengan diri baru rasa lapang,jangan terkejar².... anak pertama saya pun mcm tu,sampai kene halau ngan mill suruh duduk dekat ruang tamu,sebab anak nngis je😊,tak boleh nak menolong dekat dapur. tapi anak saya yang ketiga meninggal,sebab ade ketumbuhan dekat otak ( kami tak tahu lansung pasal ketumbuhan ni),cuma saya tak ralat sebab semua aktiviti saya buat sepanjang hayat die. semoga sis kuat,1kunci die displin masa inshaallah boleh dan training anak buat kerja sama² mesti best🥰

saya pon anak 1 juga. pernah mengalami dgn anak kecil, suami kerja shift dan sy sendiri bekerja. mmg ada masa kita burnout. mungkin boleh ikut tips ni, hantar anak ke pengasuh/taska utk train anak tidak terlalu bergntung pd ibu bapa. ajar dia supaya dia rase selamat walaupon kita tak dukung dia. jgn kerap dukung anak. bg mainan di lantai smbil kita buat kerja,memasak dll. pda masa sama dia still boleh nampak kita. cuba buat kerja2 rumah semasa anak ada, jgn tunggu dia tido. waktu tido dia adalah waktu rehat kita sbb kita nak pakai byk tenaga. semoga awak dan kita semua kuat dalam membesarkan amanah Allah ni.

Anak tiada org lain yg buat dia rasa selesa. Awak sahaja, ibunya yang buat dia rasa selesa, selamat. Fasa ini, memang fasa berkejar. Semuanya pantas. Jadi, bila hari sabtu, di waktu suami ada.. ajak suami untuk keluar dari zon penat. Pergi pantai, window shopping, taman. Tutuplah dapur. Makan ikut kemampuan.. Curi masa sekejap pada hari ahad untuk sediakan bahan2 memasak. kalau sempat, masak 2 lauk.. freeze kan ikut kuantiti nak makan, nanti hari2 biasa boleh panaskan. Makanan baby pun buat macam tu. Sy doakan awak diberikan kekuatan olehNya. Jaga diri 🧡

sis. saya mcm ni juga bila anak sulung lebih kurang gitu umurnya. perangainya pun menjadi2 nak masak dia melalak pulaaa tepi kita tkbg masak. sudahnya sis saya beli imix rusell taylor nak masak pun blh berdukung je 🤣. mahal tpi blh byr bulan2 jela. skrg otw no 2 pula. sekung dah imix saya tu🤣. bungkus hari2 je sis atau makan luarr 🤣. skrg anak dah 2y5m ada juga peel dia tpi byk ayah dia ngurus je. saya ni asal nk buat kerja rumah saya buat kalau tk buat harini esok buat. klu tk buat juga laki buat.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan