Saja nak luah perasaan

Sy surirumah...suami sy mekanik. Kerja sendiri, sambil2 tu dia buat kerja siling kapur jgk seorang diri tnpa pembantu. Cuma hari Jumaat je upah kawan dia dtg tolong. Sy faham suami kerja penat..balik2 habis sakit2 tubuh, kdg2 balik dgn luka dibadan. Tp sy sedih jgk mak ayh sy, dgn mertua xfaham suami keje berat. Masalahnya sbb suami jenis berjaga malam kdg2 lepas subuh baru lelap. Akibatnya memang tengahari la bgn. Sy xkisah sgt sbb sy tahu dia keje mcm mna..kdg2 smpai tgh mlm pn still buat kje lagi. Sy anggap je dia kje shift ptg. Tp tula..sy pula yg selalu kena bebel dgn mak ayh sendiri dan mertua disebabkan suami bgn lambat. Utk pengetahuan, kami belum lagi ada rezeki utk tinggal berasingan dgn parents. Hanya mampu menumpang je sekarang. Sy juga sedar waktu pagi tulah rezeki mencurah2. Dh byk kali jgk sy pesan pd suami utk tdur dan rehat lebih awal spya blh bgn awal pagi. Tp bila tdur awal, dia akan terjaga tgh2 mlm dan sukar tdur sampai kesubuh. Smpaikan sy pun turut terikut waktu dia. Yelaa masa dia sedar tu je kita blh melayan dia. Jd skrg sy tersepit. Sy xnak la mak ayah jd benci kt menantu dia tp pd masa sama sy kesiankan suami sbb dia pun perlukan rehat. Org2 tua dorg dh biasa tdur awal, bgn awal pagi. Itu sy faham la dan itulah sebaiknya. Tp susahnya nak ubah kitaran masa suami. Doakan la kami mampu tinggal berasingan drp parents sbb sy pn dh stress dh dgn dua2 pihak. Lagi2 hmpir dh beranak dh pn ni. Sy rasa itu je jln yg terbaik buat kami.

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Semoga dipermudahkan urusan, semoga Allah rezekikan puan dan suami dengan apa yg dihajati. Dan semoga di lembutkan hati mak ayah serta mertua puan untuk memahami struggle yang di alami puan dan suami. Aamiin 🤲🏻 #TAPsupermoms #TAPactiveusers

Baca lagi
VIP Member

semoga puan dan suami dapat capai hajat yg diingini, semoga dipermudahkan segala urusan puan ya puan, byk2 bdoa, jaga kesihatan jaga diri☺️ #TAPactiveusers