Masih cuba conceive

Sy pernah miscarriage tahun 2020. Dlm tempoh berpantang miscarriage, suami dapat masuk Singapore & disebabkan pkp, sy kena la berjauhan dgn suami dlm tempoh 2tahun. Sy kawen lambat jd sekarang da umur 35 tahun. Pd umur cmni, dgn ada diabetes susah sgt nk lekat. Sy cube urut, mkn acid folic.. ape yg org suggest, sy cube buat tp tak behasil. Baru ni suami sy mula Tanya sy... Slame dia takde, sy ade mkn pil perancang ke? Kenape berat badan naik? Sy mmg sengaje taknak anak dgn dia ke? Sy ade hubungan dgn lelaki lain ke sampai sy tanak ade anak dgn dia? Selama dia takde kt jb, sy xpenah buat ape2 belakang dia. Sy sentiasa sedar status sy sbgai isteri. Dia tau usia sy da lanjut utk kandungan pertama, dia tau sy ade kencing manis started gugur dlu. Sblm kawen sy penah tanye klau xpregnant blh ke terima sbb sy da 3series & sy xblh trime dimadukan. Dia ckap kite blh opt utk amek anak angkat.. Skarang bila da kawen, dia ckap dia tanak anak angkat.. dia nk anak sndri & klau sy xleh gak ngandung, dia nk option supaya dia blh kawen lain - perkara kawen lain ni timbul bila kami bejauhan.. dia ade perempuan lain mase dok sg, siap da having sex dgn perempuan tu Pecah ati sy. Sy mtk dilepaskn tp dia tanak & setiap kali sy bangkitkn issue tentang dia ade perempuan lain, sy kena marah.. Dia persoalkn kejujuran sy tp sbnrnye dia yg curang & dia jdkn benda ni mcm reason kenape dia perlu kawen dgn org lain gak - sbb sy xmengandung2 Sy doa mtk pd tuhan supaye dpt la sy 1 anak, 1 je pn ckup supaye suami xmadukn sy. Tp pagi ni sy mula nampak mcm ada tanda2 period lg. Sy sedih sgt, sy xtau nk buat ape.. sy telan sume ni sorg2 sbb sy tanak bukak aib suami. Tp ntah la, masih blm ckup utk sy jd isteri yg baik, isteri yg dpt bg suami anak. Klau ade mane2 mommies kt sini yg da 3series, memula kawen susah nk lekat but now da pregnant or da dpt anak, blh x suggest & bg tips supaya sy pn blh dpt anak & happy mcm mommies2 lain?

34 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hmm sedihnya baca.. kak, saya nak share ikhtiar yang diajarkan oleh sorang ustaz ni. Kawan saya pregnant lepas ikhtiar cara islam ni. Allah makbulkan doa dia. Kak cuba buat nanti..kita ikhtiar kan..Semoga ada rezeki untuk kalian. Aminn KELAPA BAKAR Bahan-Bahan.. 1)Kelapa muda 2)3Batang Serai 3)1sudu garam halus letakkan dalam piring 4)8@10biji lada hitam.. Cara-caranya... Pertama Tebuk kelapa muda di atas seperti kita nak minum air kelapa, kemudian masuk kan 3batang serai di dalam kelapa.Sebelum masukkan serai pastikan ketuk dulu serai itu di bawah,dah ketuk baru masuk dalam kelapa.Kemudia masuk secubit garam halus,jika saya biasa letak 2cubit tapi secubit dah memadai . Kemudian lada hitam dalam 8biji@10biji di tumbuk bagi hancur ,dah hancur masukkan semua di dalam buah kelapa ..Selesai masuk semua bahan kacau kan bahan tersebut dalam kelapa dengan serai ..biar air larut sebati dengan air. Bakar dalam 20minit api gas kuat sedikit..Cukup 20minit angkat&boleh minum.Sebelum minum baca: AL Fatihah 3x AL ikhlas. 3x Bismillah Lima 3x dan selawat 3x Selesai baca minum air tersebut bagi habis.. Sekiranya anda rasa loya lepas minum,nak muntah,muntah,sedawa,pedih perut,senak perut,sebu bergodak dalam perut,ari2 berdenyut, nafas jadi laju, berpeluh-peluh,kepala jadi berat,badan menggigil,rasa tak tentu arah...Jika anda ada tanda-tanda tersebut dapatkan rawatan Islam berhampiran anda.Kerana kemungkinan besar anda terkena gangguan.. Sebaiknya buat ketika selepas period.Habis period terus buat.Lepas buat selang 5hari buat,sampai la next period...Bila sampai period stop jangan buat lagi.Habis period jangan buat sebulan ,pastikan kerapkan #bersama terutama waktu subur lepas habis period yang kedua ini... Sekiranya ada rezeki InshaAllah di permudahkan Allah untuk hamil..Semua atas izin Allah ok.Kalau period dah lama tak datang buat juga cara begini Munim buat selang 5hari ,bila period datang stop jangan minum lagi ok..Nanti jangan terperanjat jika darah period keluar akan keluar banyak darah kotor berketul-ketul,ada warna hitam pekat pun ada.Jika Cyst, fibroid yang masih bawah 5cm banyak yang mengecut dan keluar,semua atas izin Allah .. InshaAllah ok kita ikhtiar.. Kelapa bakar ini juga boleh menjadi penawar sekiranya diri kita terkena Sihir, santau angin,kembung perut,masalah sesak nafas dan macam-macam lagi khasiatnya... Cuba la amalkan sangat2 rasa segar..Semua sebagai ikhtiar kesembuhan semua atas izin Allah InshaAllah... Moga ilmu yang saya share ini bermanfaat pada mereka semua yang memerlukan InshaAllah...

Baca lagi
2y ago

Ni salah 1 usaha sy juga kelapa bakar. Alhamdulillah lepas 2,3 bulan buat disahkan pregnant. 7thn ttc

Salam sis semoga dgn ujian ini, sis akan jd sentiasa ucap terima kasih Allah bg ujian pd sis sbb tanda Allah syg sgt kt sis. Pertama sy nk sebut ttg ikhtiar hamil sis bkn hanya berpihak pd sis, tp laki pun kne bt jugak usaha die. Bkn semua nya slh prmpn klu ade issue xbole nk hamil. Klu g fertility center atau mana2 hospital yg ade bt ujian kesuburan, sila bt laki bini. Sis prnh misc bermakna sis BOLEH HAMIL. Kita xtahu punca dr sis atau laki sis, maybe sis ade issue maybe jugaa laki sis ade issue. Kedua, maaf ckp, suami sis dah berzina. Berzina bkn bende kecik ye dear. Tlg lah sis, bawakkan perkara ni kpd pihak yg bertanggungjawab utk selesaikan mslh ni. Die boleh bt dkt awk sblm ade anak, xmustahil die akn bt lg lps ade anak sbb apa dear? Sbb die da PERNAH BUAT dan die rse xde spe bole halang die termasuk sis klu sis jenis xpe lah nnt bg anak kt die, die akan berubah. You think so? Terkadang ujian ni bt kita berfikir dan muhasabah diri dear. Btul ujian tanda Allah syg. Tp jgn la smpi Allah bg ujian kita bia je ujian tu melanda sepanjang hidup kita smpi kita alpa jauh dr Allah. Tahajud ye sis, solat istikharah dan hajat. Tanya lah Allah mana yg terbaik utk awk sis. Sy doakan awk sentiasa dlm rahmat dan kasih syg Allah setiap kelipan mata awk.

Baca lagi

Saya harap sis baik2 saja. Saya taktahu posting ni bila tapi saya hanya nak share berkenaan penjagaan badan sebab mommies semua kat sini dah sharing dan bagi nasihat yg berguna. Sy gugur 2 kali dan umur pun dah 31, kawin nak masuk 5tahun, sekarang kandungan 12weeks. Alhamdulillah. Since badan saya pun agak besar, saya nekad stop minum kopi dan minuman lain yg bergula. Saya cuba makan sihat, buah banyak, sayur banyak, protein. Kemudian, umi saya cadangkan minum jus mega ratu dan kurma dhuha dari JRM (bonda Rozita) Asbab dan juga rezeki dari Allah, baby melekat dan going strong alhamdulillah. Jus & kurma dhuha tu somehow perbaiki perjalanan darah dalam badan & bersihkan mana patut. Sebelum tu sy ada juga try maajun dari brand lain tapi tak menjadi kesan. Satu lagi tips yg penting adalah, jangan stress. Sy stopped work terus masa sy decide nak betul2 pregnant sebab kerja sy dulu mmg stressful. Dan yg paling utama adalah, DOA. Minta dgn Allah seikhlasnya dan yg terbaik. Terbaik dari segi, jika dgn kehadiran bayi tu membawa kebaikan dan meningkatkan iman kita & suami, maka hadirkan lah bayi dalam perut dan guide kita. Doa tak putus juga untuk suami kita jadi hamba yg beriman & bertanggungjawab. Moga sis baik2 saja. Hugsssss

Baca lagi

saya berkahwin masa umur 26 tahun. awal² kawen dulu risau jugak,dapat anak lewat. sbb umur pun dah banyak. saya kosong 2 bulan. dalam masa 2 bulan tu saya usaha sebaik mungkin. ambil asid folic. dan saya pi berurut dgn sorang makcik tu. dah ramai yg berjaya hamil bila mengurut dgn dia. tapi tu lah,baru² ni saya dengar,mak cik tu dah meninggal dunia. kalau tidak boleh saya suggest kat mmy. Allah tak kata pun,setiap pasangan yg berkahwin tu akan dikurniakan zuriat. sampai masa,tak cepat dan tak lambat,pasti akan dapat juga jika Allah berkehendak. Sabar ye mmy,sentiasa berdoa dan berusaha. saya pun sekarang 35 tahun. Bakal bersalin anak ke 3. saya doakan semoga mmy dikurniakan zuriat sendiri sebagai penyeri rumahtangga mmy dan suami. bab suami curang tu,sangatlah mengecewakan. terasa macam tak boleh je nak terima bila dia dah sampai ke tahap berzina. setiap kali mmy solat,dalam sujud terakhir,mmy mintaklah apa sahaja. mintak yg baik² ye mmy. kerana saat kita sujud itulah saat yg paling dekat diantara kita dan snag pencipta. serahkan segalanya untuk Allah aturkan kerana Allah adalah sebaik² perancangan hidup kita 🤲🏻❤️

Baca lagi

maaf ckp sis,percayalah,lelaki klau dia nak,dia nak jugak.curang ni pilihan,bkn kesilapan.percayalah,hmpir kbykan llki bg alasan psgn dia degil la,psgn dia xdgr kata la,psgn dia xboleh bg ape yg dia nak la,psgn xboleh bg anakla.pdhal dia yg memilih tuk brsama kita.ini semua alasan sis.alsan slhkn psgan untuk ttup kslhan sndri.be strong sis.jgn la rasa diri tu xbrhrga.jgn bile susah nk dpt anak je,slhkn dri sndri,psgan Kita Blum tntu xbrmslh.cek ke doc Bru tahu punca sbnr.yg psti prcaya la pd rezeki Allah...sis,perempuan diuji bila suami dia susah,adakah dia msih setia di sisi suaminya..?Dan lelaki diuji bila dia senang,adakah dia lupa nikmat rezeki Dan punca rezeki dia dtgnya Dr Mana Dan doa siapa..?tapi lelaki skrg mudah sgt senang ckit je Mula la nk test lain.xsume tp kbykan.naudzubillah..smoga Kita semua hdup Aman dlm rmh tgga tnpa mslh org ke 3.solat penting sis,bila xsolat mmg rumahtgga xbrkat.xtenang.nasihat sy,sis solat,sis kerja,n show him that u can live without him.lelaki ni mudah trcabar Dan takut klau wanita lbih Dr dia.prcayalah.n yg psti be happy for urself...😊

Baca lagi

Sis, suami dh lakukan hubungan luar nikah dgn perempuan lain mcm mana sis boleh maafkan & terima dia? Ini perbuatan jahat tahu tak sis? Sebelum & selepas kahwin lain sis. Selepas kahwinlah true colour dia muncul. Sis ada option utk berpisah dgn dia melalui fasakh/khuluk boleh rujuk pejabat agama. Amatlah sukar manusia mcmni nk berubah. Percayalah. Hampir mustahil. Tuhan tunjukkan pd sis true colour dia supaya sis boleh lepaskan diri drp manusia ni. Jika sis tak lepaskan diri drp dia means sis zalim dgn diri sendiri & Allah kata nak masukkan dlm neraka tau. Kenapa sis nak ada benih drp lelaki jahat? Ustaz larang. Percayalah cakap sy, bila sis lepas drp dia hidup sis akan tenang & bahagia. Skrg sis hidup dlm kesengsaraan & fikir mcm2 ttg husband kan? Let it go then you'll be the happiest person ever. Ada sbb knp Allah x beri sis zuriat dgn llki ni rupanya antara sbbnya adalah dia jahat sis. Sy minta maaf ckp psl berpisah mmg Allah x suka tp Allah lg x suka jika kita zalim dgn diri sendiri stay dgn manusia jahat sbb Allah kecam nk masukkan dlm api neraka.

Baca lagi

Kak baik lari cepat. Bunyi mcm kasar. Tapi ni terbaik. Kalau akak ada anak dgn dia pun kesian la anak tu nanti, dia akan berbekas dlm hati bila dia tau benda2 bapak dia buat sampai la dia besar nanti. Mungkin ni pun one of the reason tuhan nak selamatkan akak daripada orang macamni, dgn cara tak bagi zuriat. Tuhan tu sayang akak. Saya pun membesar ada bapak yang dari kecik sampai besar kaki perempuan, n mcm2 tak senonoh dia buat. Ibu saya tak cerita tapi bapak sendiri yang kantoi dgn anak. Mcm2 dia buat kat ibu saya. Tapi ibu saya always maafkan up until now. Sampai anak2 sendiri pernah question kenapa ibu nak maafkan lagi, kami dah besar tak kisah pun takda bapak. Sampai tahap tu lah. Bila saya dah besar, as anak, saya jadi trauma pun ada. Mcm ada satu wall yang saya set dgn bapak saya. Semua siblings saya takleh go on dgn bapak walaupun dia still satu rumah. Kita isteri boleh pilih lelaki yang terbaik utk kita tapi anak kita takleh bapak. Kak tak salah pun, tapi ada la reason tuhan atur mcmni. Akak kuat.

Baca lagi

allahu.. sabar ya sis.. kalau sy.. sy mmg tak boleh terima kalau husben buat mcm tu.. smpai tahap besama dgn org lain.. kalau rasa dah taknak better lepaskan.. lagipun sis bukan tak boleh prgnant.. sis pernah je prgnant n then ggur.. tu bukan salah sis.. boleh jadi punca dri husben jugak.. mybe kuantiti n kualiti sperm dia tak okey pun boleh sebabkan kguguran juga..sbb bagi sy.. as long as dia boleh ada pilihan lain.. why not lepas ada anak pun nnti dia boleh buat mcmtu.. lagi sis derita dgn nk besarkan anak lagi.. semoga sis terus kuat dan tabah.. harap suami sis juga cepat berubah.. inshaallah rezeki tu akan tiba..sis banyakkan berdoa ya.. sy tahu sis seorang yg kuat.. sbb kalau sy.. sy tak mampu nk ada kat tmpat sis.. sis ada cuba cara opk tak? dan cuba jaga pemakanan.. makan bnyk makanan yg berkhasiat dan kwal tahap gula dalam badan.. yg paling penting elakkan stress yg keterlaluan sy doakan sis akan dikurniakan rezeki zuriat dalam masa yg terdekat ini.. aminn yra 🤲🏻

Baca lagi

Kak baik lari cepat. Bunyi mcm kasar. Tapi ni terbaik. Kalau akak ada anak dgn dia pun kesian la anak tu nanti, dia akan berbekas dlm hati bila dia tau benda2 bapak dia buat sampai la dia besar nanti. Mungkin ni pun one of the reason tuhan nak selamatkan akak daripada orang macamni, dgn cara tak bagi zuriat. Tuhan tu sayang akak. Saya pun membesar ada bapak yang dari kecik sampai besar kaki perempuan, n mcm2 tak senonoh dia buat. Ibu saya tak cerita tapi bapak sendiri yang kantoi dgn anak. Mcm2 dia buat kat ibu saya. Tapi ibu saya always maafkan up until now. Sampai anak2 sendiri pernah question kenapa ibu nak maafkan lagi, kami dah besar tak kisah pun takda bapak. Sampai tahap tu lah. Bila saya dah besar, as anak, saya jadi trauma pun ada. Mcm ada satu wall yang saya set dgn bapak saya. Semua siblings saya takleh go on dgn bapak walaupun dia still satu rumah. Kita isteri boleh pilih lelaki yang terbaik utk kita tapi anak kita takleh bapak. Kak tak salah pun, tapi ada la reason tuhan atur mcmni. Akak kuat.

Baca lagi

Yang buatkan hati remuk sangat sangat sebab suami puan dah sampai tahap berzina dengan perempuan tu. Kalau macam tu jadinya, siapa je rela nak bermadu kalau dah jalan “cari madu” tu sendiri HARAM dan ZINA. Saya tak suka advise cerai ke apa. Tapi macam ni kisahnya. Siapa je sanggup telan. Puan kalau ada bukti pengakuan dia berzina dengan orang lain, puan bawa ke pejabat agama minta nasihat untuk keluar dari perkahwinan tu. Dan puan cuba treated your diabetes, before TTC. Makan banyak ikan ikan. Cut sugar/gluten baik dari segi sos, atau pun buah. Rajin rajin bawa diri ke luar, berkebun ke baring atas rumput ke. Encourage sensory puan. Kalau takde rezeki anak dengan suami yang dah berzina, mungkin ada dengan lain. We don’t know. Raji. Rajin tahajud.

Baca lagi