tips utk naikkn HB

sy nk mintak tips mum's mcm mna naikkan HB..sy dah lakukan mcm cara..tpi tetap HB low..now sy dah 13w..

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Tips saya naikkan hb, setiap kali makan ubat yg kk bagi, saya minum dengan air limau kasturi yg saya bancuh sendiri. Pagi saya makan iron tablet 2 biji dengan air limau. 2 jam lepas makan iron tablet baru baru benda lain. Malam, sebelum tidur saya makan zincofer dengan air limau. Jangan sekali2 makan ubat bersama susu atau milo. Tu menghalang penyerapan zat ubat. Kalau nak minum susu, jarakkan paling kurang 2 jam sebelum atau selepas makan ubat kk. Selain tu, saya try semua tips lain macam makan kerang, makan bayam, makan jambu. Tapi apa yg saya nampak, based on observation saya, amalan minum air limau tu yg naikkan hb saya. Semoga dipermudahkan urusan ye sis. Aamiin 🤲🏻

Baca lagi
2y ago

sis bolh ke pagi mkn ubt iron mlm mkn iberet ... x de kesan sampingan ke

VIP Member

dulu sy hb low jugak. makan macam2, kerang, sayur hijau,jambu batu, tak naik. last2 doktor bagi maltofer. kemam hari2, baru naik cantik hb.