Sudah fitrahnya, bayi baru lahir memang suka menghisap sejak dari alam rahim lagi. Dan keadaan ini terbawa-bawa walaupun si bayi sudahpun dilahirkan.
Namun, siapa tahan bila anak kecil asik nak mengempeng je dgn ibunya kan. Sampaikan nak buat apa pun tak boleh.
Solusinya, ada sesetengah ibu bapa yang memberikan puting tiruan utk si anak agar anak leka dan berasa tenang.
Tak dinafikan, penggunaan puting tiruan memang banyak memudahkan kerja ibu dan bapa, antaranya:
- Membantu bayi tidur lebih lena
- Dapat mengalih perhatian bayi seketika jika meragam
- Bayi lebih tenang jika terjaga
- Mengelakkan bayi dari mengalami SIDS (kematian bayi mengejut)
Namun, kena lihat juga keburukan di sebalik penggunaan puting kosong, iaitu antaranya:
- Boleh menyebabkan bayi keliru puting
- Ada sesetengah bayi akan lebih menggemari puting kosong. Ini menyebabkan bayi sukar diberi susu, dan akan alami kekurangan nutrisi
- Memindahkan kuman dari puting ke mulut bayi
- Penggunaan yang terlalu lama akan menyebabkan tulang dan gigi bayi yang masih lembut, mengikut bentuk puting, seterusnya menjadikan gigi bayi jongang.
Saranan untuk ibu bapa yang menggunakan puting tiruan untuk si bayi, agar tidak membiasakan bayi terlalu bergantung pada puting. Seeloknya hanya gunakan pada waktu yang diperlukan sahaja, contohnya semasa nak tidurkan bayi, atau jika bayi meragam.
Apabila bayi telah tidur, atau bayi telah tenang, cabut puting tersebut.
Ia bukan sahaja untuk membantu pembentukan tulang gigi bayi, tapi utk kemudahan ibu bapa di kemudian hari ❤️
*NOTA : LIKE & IKUT POST ini sebagai rujukan masa hadapan.