Luahan perasaan

Sorry sy sekadar meluahkan perasaan sebab tak tau nak luahkan kat siapa..sy pregnant 6 weeks tapi sy stress betul dengan jiran sy..sy dduk rumah sewa sebab ikut suami bertugas..jiran sy ada abang yg tak berapa nak betul.. Kadang2 dia merayau2 kat pasar2 kadang2 dia balik rumah jiran sy..kalau dia balik mesti dia buat hal kat rumah..dia selalu kencing merata-rata especially depan rumah sy..untuk pengetahuan rumah sewa sy jenis open tak berpagar..tak cukup kencing kat depan rumah, dia kencing dekat sayur2 yg kami tanam..dulu dia selalu minta makan minum kat kami dn jiran lain sampai masuk rumah kami sesuka hati..nak dijadikan cerita pagi tadi dia pergi berak pulak kt tepi rumah sy🤦🏻‍♀️sy dh hilang sabar, sy suruh suami pg bagitau jiran sy pasal abang dia ni..tapi suami sy cakap"malas laa"..sy rasa kecewa bila suami cakap macam tu seolah2 dia tak peduli pun pasal perasaan dan emosi sy..sy nangis2 sambil buat kerja rumah oun dia tak peduli😌selama ni sy yg selalu bagitau jiran sy tu pasal abang dia kencing merata..dah la dorg suka biar najis2 kucing dan anjing smpai bberapa hari tak cuci depan rumah..sampaikan sy dalam rumah pun boleh hidu..tu pun dh cukup sabar sy tak complain..tp paling sakit hati dengan suami sbb tak nak bersuara.. Asyik harapkan sy seolah2 sy sorg dduk rumah ni..sy ni dah la cepat stress dgn benda2 simple macam ni..risau effect kandungan..sekian terima kasih..

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

omg sis.. kalau sy dah pindah rumah dah. malas nak hadap jiran begitu 😅😶 Suami awak pun aduhhh mcm tak kisah pun dgn awak. Dah lah persekitaran kotor, dia nak awak sakit baru nak sedar ke 😶 and benda ni bukan simple sis. Jiran awak ni dah kira menganggu dah. Kalau awak nak boleh report dgn polis sebab menganggu dan mengotorkan persekitaran. Kalau anjing dan kucing kencing dan berak merata pun kita boleh report, apa lagi manusia kan? Kalau tak berani, bincang dgn suami yg awak nak pindah dan taknak tinggal di rumah sewa tu. Kalau dia buat tak kisah. Awak ambil keputusan sendiri, tinggal dgn ibu & ayah awak balik. Lagi tenang jiwa awak dari menghadap semua ni setiap hari.

Baca lagi

samala sis..saya dok rumah kampong. taik kucing bnyak sngt..stress saya...bau busuk..pastu suka pancut merata2..tapi semua luar rumah la. suami saya suka kucing, tapi lepas ada baby saya xnak dah bela dlm rumah. semua kucing kena di luar rumah...saya tutup ja pintu..smpai org kata saya dok dlm penjara..xpa asalkan rumah saya bersih.. kalau saya jadi sis, saya akan tutup pintu. jgn bukak. saya akan buat pintu pagar baru. yg sayur tu hmm xleh nak wat apala..sian sis...

Baca lagi
2y ago

Buat je pagar sis. Kwn sy dulu dok rumah sewa, x ada pagar. Diorang beli pagar, pasang. Bila nak pindah, diorang angkut sekali pagar tu. Tuan rumah pun x boleh ckp apa sbb tu pagar kwn sy, bukan tuan rumah punya

kalau sy ajak pindah dah. ngndung2 ni emosi sensitive. lg² kalau sy ngadu suami buat dek mmg sedih ah citer dia. lg² kalau sy nanges suami buat bodoh xlayan. haha mmg nak kene ah. kalau xdpt pindah sy balik umah Ibu🤣🤣. mcm xmatang kan tapi tula stress uuu kalau hadap

Sy rela pindah dari nk kena hadap hari2.. sbb penah kena dulu ank jiran rumah kerap dtg umah tak kira waktuu. Bila bg msuk rumah sementara nk tggu jiran blk suka bukak peti ais. . Lpstu tinggalkn kejap ank lps blk sekolah.. Solution nya pindah. . Tenang jiwa..

VIP Member

Report polis je puan , ni kira mengganggu ketenteraman .. lagi pula org tu kencing dan berak merata , najis tu boleh buat kita sakit tau . Cakap dekat suami puan tu kalau dia tak peduli , kena cakap banyak² kali , orang laki ni kena ketuk baru bergerak.

suami buat 'Derk' je sbb bkn dye yg cuci rumah kn? sye rse klu nk mngadu kt jiran pn susah sbb abg dye x shat kn... kte pn x tw mcm mne dye settle hal abg dye yg lain2 kn.. palg snang sis cri la umah sewa lain..

eee tu kalau suami sy .. mmg kena dah . dia ingt sng kee kita yg pregnant ni nk jaga perasaan . sboleh boleh nk hindar strss takut effect kandungan . dia ingat najis tu bau wangi ke ? eeeeee geramnyaaa.

adoiii suami sissss niii. kalau macam tu, ajak suami pindah rumah. tak pun, report dengan tuan rumah. report dengan management taman. report je dengan polis.

pindah je laa.. penyelesaian nye huhu Klau sy pom xtahan jgk Klau kecing berak...bau taik manusia bukan MCM taik burung oii nk makan pom xlalu

kesian sis , semoga tabah .semoga sis dan baby sentiasa dalam keadaan yang sihat .