Suami Gaji Besar Tapi Kedekut Nak Beli Rumah

Sorry out of topic. Saya stress sebab suami sy gaji besar hampir 20k tapi bila sy ajak beli rumah dia minta sy share separuh. Suami memang tanggung belanja rumah 100%. Dia beli barang dapur etc guna duit dia. Kalau sy shopping barang anak semua sy claim dgn husband. Sy cuma bayar insurance sendiri je n shopping benda yg sy rasa husband takkan approve. Tapi kami masih duduk rumah mertua (rumah kosong mertua punya) sejak kahwin 6 tahun lalu. Mertua duduk rumah lain lorong sebelah rumah yg kami duduk skrg. Dia ada rumah apartment tapi disewakan. Sy nak rumah landed corner atau semi-D. Mula katanya okay. Kami dah survey2. Tapi bila bincang dia suruh bayar half. Gaji sy cuma rm3k, banding gaji dia jauh beza. Saya ke yg demanding? Sy dah cuba berjimat banyak dah. Dia suruh beranak swasta sy kata bazir n proceed beranak hosp kerajaan je. Lepas tu sy breastfeed anak. Dah berpuluh ribu sy jimatkan kat situ. Jadi boleh lah gunakan duit yg dah save tu utk downpayment rumah. Stress lah fikir. Belum part nafkah lagi. Sy jarang beli baju etc, so patutnya ada lah bg nafkah dlm bentuk duit. Ke mana entah agaknya duit dia pergi.

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

i bercakap as property agent, deposit rumah bukan setakat 10k, malah lebih. dengan nak bayar lawyer lagi, tambahan ni bukan first home dia, so dh xboleh full loan. rumah semi-d or corner lot teres, kurang2 harga RM800k, deposit sahaja 10% RM80k, tak termasuk duit lawyer lagi. rumah dh siap, kene beli barang perabot, xkan duduk kosong kan ? another 10-20k. kos untuk bersalin swasta, paling2 pun caesar maybe cecah 20k. if normal delivery takde complications, roughly 5k. jauh beza kiraan kos bersalin swasta dan beli rumah. alhamdulillah, puan ada tempat berteduh yg selesa dan x share dgn mertua, dan alhamdulillah juga dia tanggung semua nafkah makan minum tempat tinggal dan segala keperluan yang penting. dia bukan kedekut, mungkin ada benda yang dia saving, maybe untuk emergency, untuk future education anak. kalau nak beli rumah juga, tanya dia apa yang fikirkan ? either kemampuan dia setakat rumah 300k, which is boleh dpt condo juga, tak mampu landed lagi. maybe dia ada personal loan, CC, itu punca dia dh high commitment, mungkin dia dh apply loan rumah, tapi tak lepas, sbb tu dia ajak joint loan. bila combine payslip, akan lebih strong walaupun pasangan gaji 3k . cuba bincang. tak mungkin suami yg dh berkemampuan mcmtu tanak ada rumah sendiri yang selesa kan. bincang baik2 ye puan

Baca lagi
4mo ago

Anonymous: Itulah kalau suami sy pandai urus kewangan sebenarnya boleh je beli. Sy tak tau mcm mana dia boleh banyak hutang cc. Kalau downpayment tu sy boleh je tolong sbb cash sy ada. Bulan2 tu dia lah bayar 100%. Hmm. Dia ni kena masuk kelas urus kewangan kot.