Siapa boleh share pengalaman bersalin di hospital2 sekitar Bangi?
Sy pernah bersalin di Hospital Annur masa anak first. Mmg best la husband boleh duduk sekali. Total cost around rm8k. Saya teringin nak try gov hospital pulak. Tapi kajang banyak sgt negative feedback dari sedara n kawan. Kalau serdang agak pack. Putrajaya ramai share feedback best tapi risau kena halau ke serdang sbb sy duduk Bangi. Ada kenalan org Bangi dia book FPP Putrajaya tapi bila sampai waktu kena pergi hosp lain sbb ktanya penuh. Option terakhir adalah Hospital Pengajar UPM tapi yg tu half gov kan? Starting rm2k utk normal. Saya okay je sbb husband punya company bagi rm3k utk kos bersalin. Sekarang fikir antara HPUPM tu atau hospital serdang je. Orang area Bangi- Serdang boleh share pengalaman? Ada ke gov hospital husband boleh bermalam sekali? HPUPM boleh ke husband teman? #April2025 #16weeks
Read moreTak Apa ke Pergi Klinik Lambat 10W ke atas?
Saya dah call banyak kali klinik kesihatan kwsn saya. Ada yg sy baru cakap hello dia letak. Waktu lain dia kata nurse kawasan sy keluar melawat ibu dekat rumah, sia suruh call petang. Bila call petang dia tak balik lagi. Lepas tu katanya esok nurse tu call sy. Dah 2 minggu mcm ni. Masalahnya sy dengar nurse tu berbual sesama sendiri: Nurse 1: Budak yg minggu lepas tu call lagi sekali. Nurse 2: Awal lagi baru 7 minggu nak bukak buku pink. Biasanya org bukak buku pink masa 8 minggu kan? Sy minggu depan masuk kerja, kalau time off lebih 2 jam dikira sbg half day. Kenapa tak boleh bukak awal seminggu? Susahnya lah. Husband kata kalau mcm tu bukak je buku pink lambat sikit, 10w ke 12w ke. Tapi tak ada masalah ke kalau sy tak makan ubat2 mengandung obimin calcium etc tu skrg? Tak apa ke klau 12w baru sy start makan? #SeriusTanya #ingintahu
Read moreOrg kata contraction mcm period pain, tp sy pernah rasa sekali je mild period pain n dah lupa macam mana. Saya dah 38w n malam tadi masa nak tidur tulang belakang sakit sgt sampai satu badan tak boleh gerak sampai rasa berpeluh. Rasa bhgn bawah tu kena tekan. Tak sampai satu minit pun rasa mcm tu tapi kena 3 kali dlm waktu yg dekat. Lepas tu hilang dan baru boleh tidur. Itu false contraction ke? #38weeks
Read more