Berpuasa ketika hamil
Smlm check upt alhamdulillah sy dh pregnant 4w..cuma sy agak risau nak puasa xlama lg sbb ni kandungan kedua sy..yg first gugur masa 14w.. ibu2 yg pernah puasa waktu pregnant boleh share pengalaman x? Boleh membahayakan baby ke?

Hi Puan. Di harap puan dengan baby dalam keadaan sihat sentiasa amin. Berpuasa sewaktu hamil ni bergantung kepada daya kekuatan seseorang. Jenis pengambilan makanan juga penting untuk memberikan tenaga sepanjang berpuasa. Puan boleh cuba berpuasa separuh hari dahulu dan jika puan rasa puan larat boleh berpuasa penuh. Kerana ianya tidak wajib untuk ibu mengandung berpuasa ya puan. Pastikan bayi juga dalam keadaan aktif dan sihat sepanjang menjalankan ibadah puasa. Puan boleh baca tips berpuasa semasa mengandung di sini ya :) https://my.theasianparent.com/tip-untuk-para-ibu-yang-berpuasa-ketika-mengandung
Baca lagi

