Aku Dah Tak Sayang Suami Aku

Hi.. aku tak mengharapkan kecaman.. cuma tolong bagi nasihat yang terbaik untuk aku sebagai isteri.. Fast forward aku baru melahirkan anak kedua dan anak pertama aku baru dua tahun.. lately ni aku banyak terasa dengan suami aku sampai aku rasa aku fed up dengan dia.. aku tak tau sama ada ni postpartum lepas bersalin atau apa tapi aku dah tak de rasa nak tengok muka dia.. Anak aku yang first banyak nak diberi perhatian.. makan pun masih bersuap.. oh ya.. aku ni suri rumah yang tak menghasilkan duit apa apa.. yang menjadi bebankan suami.. so disebabkan aku ni boleh buat semua jadi suami makin selesa beri aku terkapai kapai untuk buat semua.. Aku kekadang kesian dengan anak aku yang first sebab dia dah ada adik dalam keadaan dia masih kecik lagi.. memang aku tak banyak masa dengan dia hanya mampu uruskan keperluan harian dia je.. mandi bagi makan.. selebihnya aku uruskan adik dia.. kekadang aku teman dia main.. bila suami aku ada lebih melayan fon dari layan anak anak.. pernah la aku suruh dia main dengan anak first aku.. masa tu dia tengah ngan fon.. dia buat tak tahu je.. aku start makan hati kat situ.. aku sedar anak pertama aku ni tengah fasa melasak.. dan kekadang gurauan dia tu menyakitkan.. tapi tiap kali dia nak bermain dengan ayah dia masa ayah dia balik ditolak tolak.. aku kesian dengan anak first aku.. Sebegitu juga bila bagi makan.. aku pernah suruh suami bagi anak first makan.. dia cakap dah bagi.. bagi kuih.. aku macam bengang kejap.. dengan anak aku tengah melasak tu panggil la makan betul betul.. last last aku yang bagi makan sendiri.. Aku dah tak mengharap apa apa dari suami aku.. dia nak tolong dia tolong.. kalau tak nak sudah.. daripada aku stress mengharapkan dia tolong tapi sampai ke sudah akhirnya aku buat sendiri.. Tolong bantu aku.. ni postpartum ke? Aku ni terlalu perfectionist ke.. aku cuma kekadang burn out.. sekarang aku banyak berdiam dan termenung.. suami aku ada tanya aku.. tapi aku malas nak bergaduh.. just makan diri yang pada akhirnya merosakkan perasaan aku kat dia.. aku kekadang rindu kehidupan aku sebelum kawen.. jangan la kecam aku.. nasihat la aku.. sebab aku rindu nak meluahkan cuma tiada telinga untuk berkongsi..

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

pendapat saya, awak tengah sangat penat atau kata lainnya (burnout). bagi saya ,masalah takkan selesai hanya dengan me time,keluar berjalan makan sorang ke, tak selesai kan root cause dia. Sebab kita akan menghadap suami hari2.Saya bila lalui fasa ni, akan buat deeptalk dengan suami,cari masa sesuai (masing2 tak berapa penat dan bole berborak),sis mulakan lah dengan baca doa melembutkan hati,kemudian mulakan bercakap dengan suami dengan tenang,cuba kawal suara sebaik mungkin sebab bila kita da mula naik suara,memang tak lama lah conversation tu akan dapat hanya sekejap saja. Voice out perkara yang penting, sebutkan dengan jelas perkara apa yang awak nk cakap,tentang anak,tentang emosi awak,tentang tanggungjawab,susun baik2.. memang suami ujian buat isteri. Kerapkan buat pillowtalk,usahakan cari masa bersama untuk bercakap dan selalu berbincang. Sentiasa bersama ingatkan apa tujuan perkahwinan ni pada asalnya. Paling penting , usahakan solat berjemaah bersama,berzikir bersama mudahan2 rahmat masuk dalam rumah kita..saya doakan semoga Allah memberi ketenangan dan jalan keluar pada awak melalui fasa ini .

Baca lagi
VIP Member

hurm berat sungguh ujian puan... puan ada tak apa2 skills atau kemahiran yg puan pndai? contoh pndai msk ke? blh nnti cri side income dr rumah bila ank dh bsr sikit nnti dan dh blh manage time dlm urusan rumahtgga... kalau pndai bake..blh jual kek ke..atau apa shj blh jd sumber rezki kalau pndai buat kuih blh buat frozen jual dkt jiran2 atau online... atau pndai kemahiran menjahit atau mengait buat alas meja atau beg kait...tu blh jual di online juga..xpe skrng ni try tenangkn dri.. tarik nafas dlm2 ..abaikan ayat2 org suri rumah xde income xblh brsuara... just sbr je..nnti bila dh rs ada kekuatan fight balik bukan cara bgduh..tp cri jalan tuk majukan dri dr rumah brniaga.. jd ms dgn ank ada ms bkje pun ada..tp kena pndai managem.at least ada side income...kuatkn smgt k..jg kesihatan..mg Allah pmudahkan segala urusan puan dsana..Allahuma aamiin Ya Mujib...with big hug🫂

Baca lagi

hai sis , ini pendapat aku la kan , kau sepatutnya tegur dia . kalau kau tak tegur dia, kau diam makan hati sorang sorang . sebab tu jiwa kau kacau sis , kau tegur dia , kalau dia ada tanya kenapa ... kau jawab jela dengan jujur yg kau sebenarnya dah burn out . cuma nak minta tolong jaga kan anak yg fisrt tu . sama sama la jaga , bincang leklok dgn suami tu . confirm la masa tu air mata berjuraiii .. sebab dah lepaskan apa yg tersirat dalam hati tu . kat situ dah lepas satu masalah . so next tgok la suami tu tolong tak . pape pun aku doa kan sis kuat untuk hadap . jngan pendam . nnti sakit mcm ni . luahkan je kalau ada tersalah di mata , nak eratkan balik kasih sayang , tegur pasangan tu . love sis ini aku tegur demi kebaikkan masing masing 🌸

Baca lagi
4mo ago

boleh je tegur suami walaupun tak hasilkn duit. sy pun dduk rmh tk hasilkn duit. bila tk puas hati sy ckp. tp tula. suami just diam pstu larikan diri pergi hisap rokok kt luar rumah.

Sy pernah dlm situasi sis. Sy urus anak sendiri, urus rumah sendiri, beli brg dapur sendiri, bawak pegi klinik sendiri. Tapi sampai satu saat sy penat, sy fed up, sy selalu marah. Dan bila anak no 2 keluar, lagi tak cukup tangan. Walau anak jarak 3 tahun. Bergaduh tu biasa, hempas brg, pecah pinggan mangkuk, bergaduh mulut, semua pernah. Long story short, sy cakap dekat husband reason why sy marah2. Buat anak sama2, Kenapa jaga anak isteri sahaja? Patutnya kena sama2 jaga anak. Bila dia sendiri jaga anak2 dia, baru dia sedar betapa susah nya jaga anak. Alhamdulillah sekarang byk yg dh berubah. Pokoknya, communicate. Kalau nak hidup bersama, kena communicate. Tak senang, Tapi in shaa Allah akan jadi mudah bila kita communicate. Moga awk jumpa jalannya.

Baca lagi

dia kan mcm ni je kalau ckp elok2 tak jalan , kalau pendam makan hati baik ko gaduh je sis. ko carik pasal je dgn dia. aku dgn laki mcm tu cara nk ajar dia jalan terakhir. smue bnde aku hangin. aku tak borak dgn dia buat dia ckp A aku balas A. hari ke hari smpai dia perasan aku dh brubah. start tu baru dia tekial2 nk tolong2 apa yg patut. lps dia okay aku bincang elok2 dgn dia ckp aku ni dh penat , jgn ingt ko g keje balik ko penat sorang. bile aku ckp aku penat mula la berlumba2 nak ungkit sapa lagi penat. bnde bukan nak race sapa lagi penat. dua2 penat so tolong la sesama jgn lepas tekak sndri je. kalau dh penat ko nak bersama pon dh takde tenaga. smue masa dh habis ke anak2 nak layan ko lagi apa ko ingt ko aku robot takde prasaan dgn rasa penat.

Baca lagi

Macamana sekali pun, surirumah atau wanita bekerja, suami/bapa sgt berperanan penting dalam mengurus emosi keluarga di rumah. Suami perlu ada campur tangan dalam menjaga anak2, bukan hanya beri nafkah. Usia perkahwinan dibawah 5 tahun adalah fasa suaikenal antara suami dan isteri. Bab tak puas hati tu normal terjadi diwaktu2 ini. Satu perkara yg paling penting adalah : walau sakit hati macam mana sekali pun dengan pasangan, jangan sesekali berdiam diri. Cakap je. Dengan cara berhemah. Laki ni memang, kena cakap ulang2. Membebel is normal bagi kita org puan. Sayang atau tidak, takpa. Kita fikir ja tentang anak2. Bila dah anak2 ni, tanggungjawab terhadap anak2 nombor 1. Sayang tu dah jadi nombor 2.

Baca lagi
5mo ago

kena dua2 belah pihak buat benda sama bru harmoni sis rumahtangga.. klu sorg da stat lepas tgn.. kirim salam aje lah..

kisah sebijik macam saya,anak sulung 3tahun..masa pantang yg ke 2 saya dibiarkan sorang kat rumah mak saya 2bulan..ngn sulung lasak,ngn baby lagi..jarak rumah sewa x lama setengah jam je..tapi dia x nak berulang alasan penat..Sabtu Ahad x kerja,tapi dia busykan diri dengan ambil upah buat rumah orng..sampaikan nak beli Pampers anak pon Kene beli sendiri..bukan x tegur tapi dah tegur..dengan x pernah sentuh anak alasan baby lembik la apa la..dari anak sulung MCM tu..bila dah habis pantang dia amik saya balik rumah sewa..dia ajak bersama pon saya tengking dia..anak baru 2bulan kalut nak tambah lagi..saya amik cucuk perancang tapi x bgitau dia..kali ni nekad x akan ada yg ke 3.

Baca lagi

sama lah kita sis.tp husb saya bab jaga oke.hanya jaga je.mkn,pakai,mandi,berak saya uruskan.bab nafkah anak beli Pampers,susu je.tp keperluan lain saya terpaksa mengemis minta abah mak saya belikan.nafkah utk saya cukup dia hanya bg upah je.adalah dlm bwh rm100.nak beli BRG keperluan saya X cukup.terpaksa mengemis kat abah mak saya.klu saya minta dia ungkit setiap kali gaduh.rasa saya ni mcm maid je.kena ungkit semua.saya dah X pernah nak minta lg. saya terpaksa kuat jaga anak je. rasa X berguna langsung hidup ni.

Baca lagi
5mo ago

saya surirumah.suami X bg kerja.hanya disuruh jaga anak.klu nk buat bisnes on9 pun byk halangan dr suami.x boleh itu,X boleh ini. entah lah. rasa stress saya

sama laa ..sy pon suri rumah, ank dua org 4 bulan dan 1tahun10bulan .. hampir smua kerja sy buat sendiri ...mndikan ank,susukan ank, kemas rumah, masak ...makin lama makan makan hati dan jdi mcm tawar ...penat buat smua bnde sorg ..kalau hri suami keje sy oke lagi ..tapi bila hari dia cuti pon payah nk tlong ...kalau tlong pon nk kne ckp bru dia buat ...tu pon kdg taknak ..penat jdi surirumah ni ..sy rse mcm nk kerja balik ..tpi tu laa tk smpai hati da nk tggal ank2 ..da biasa 24 jam dpan mata

Baca lagi

Allahu. Saya juga seorang suri rumah yang ada anak umur 2 tahun dan anak kedua tunggu masa nk keluar. Mungkin sis tgh lalui fasa burn out. Saya yg suami bnyk tolong jaga anak. Mndi basuh berak anak, suap anak makan pun kdang burn out sbb hormon mengandung. Anak tgh melasak dlm masa Sama nk menempeng je yela sblum dpt adik kan.. Suami sis patut ada rasa tanggung jawab. Anak dh dua kan.. Bincang la elok2. Luahkan segala Benda yg sis xpuashati kt suami tu.

Baca lagi