Bahaya ke anak pertama menyusu badan ketika kita hamil?

1) adakah bahaya?, Saya xthu macam mana nak slow kan atau stop BF anak pertama 😌 saya baru mengandung 5w 3d , anak pertama umur 1 y 6m dia lahir secara czer. 2) saya tahu risiko mengandung dekat jika Sya czer tapi apakan daya rezeki Allah beri saya dapat cemuhan seperti buat salah termengandung jarak rapat adakah ia sangat² merbahaya? #ingintahu #pleasehelp

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

mcm sy masa 1st baby setahun 2bulan sy pregnant 2nd baby. sy mmg minta advise dr doctor. doctor minta stop sebab takut nutrisi xsampai dkt baby dlm rahim kita. awak boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g ni. semoga bermanfaat☺️. Ramai ibu hamil tanya soalan di media sosial bolehkah menyusukan anak semasa hamil? Jawapan saya: Sudahkah anda jumpa doktor anda di klinik kehamilan untuk pemeriksaan kehamilan dan penilaian kesihatan anda dan kesihatan janin di dalam kandungan? Jika belum, pi jumpa doktor di klinik dan tanya. Jawapannya bergantung kepada kesihatan anda, apakah penilaian kesihatan anda dan adakah anda ibu hamil yang berisiko tinggi. Doktor di media sosial tak boleh bagi consultancy tanpa berjumpa dengan anda dan menilai kesihatan anda. Penyusuan tidak menyebabkan keguguran tetapi apa yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi ialah ANDA TIDAK MENJARAKKAN KEHAMILAN tidak kiralah anda masih menyusu atau tidak. Walaupun anda tak menyusukan bayi, risiko kehamilan adalah lebih tinggi jika anda tidak menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan jika dibandingkan dengan ibu hamil yang walaupun masih menyusukan anak tetapi sudah menjarakkan kehamilan melebihi 18 bulan. Risiko kehamilan lebih tinggi jika anda terhamil semasa 6 bulan pertama selepas bersalin di mana anda masih lagi menyusukan bayi secara eksklusif dan bayi belum lagi boleh mula makanan pelengkap. Jarak kehamilan yang terlalu dekat boleh menyebabkan janin di dalam kandungan tidak membesar seperti sepatutnya (bukan sebab rahim mengecut tetapi sebab janin yang berhenti membesar), masalah kelahiran pramatang, maka kehamilan ini mesti dipantau dengan lebih rapi. Jangan tanya kenapa ada doktor kata boleh terus menyusukan anak semasa hamil dan ada doktor yang suruh ibu lain berhenti menyusukan anak semasa hamil. Setiap pesakit adalah individu berlainan dan doktor pakar sudah ada latihan untuk mengenalpasti risiko yang berlainan untuk setiap individu. Makcik bawang dan penjual produk suka pukul sama rata sebab mereka tak pernah belajar menilai kesihatan individu dan bukan ahli dalam bidang, sebab itulah jika anda hargai kesihatan anda maka anda jangan tanya pendapat di media sosial. Ada ibu yang tak cukup nutrisi dan ada masalah kekurangan darah sebab baru saja bersalin beberapa bulan sudah hamil semula. Ada ibu yang masih dalam pemulihan pembedahan Caesar dan tak patut hamil terlalu cepat selepas bersalin. Ada ibu hamil yang kekurangan vitamin D dan perlu rawatan. Ada ibu hamil yang muntah-muntah dan ada dehydrasi sebab muntah-muntah maka tak boleh meneruskan penyusuan anak. Ada ibu yang loya tak lalu makan semasa hamil sehingga berat badan turun mendadak dan tidak cukup nutrisi. Ada ibu hamil yang janin di dalam kandungan ada masalah pembesaran. Ada ibu hamil yang menyusukan anak sambil-sambilan saja sebab anak sudah besar dan sudah dapat zat secukupnya dari makanan lain tetapi ada ibu hamil yang masih menyusukan anak secara eksklusif dan belum beri anak mula makan. Ada ibu yang memang ada penyakit lain yang belum sembuh maka penyusuan anak semasa hamil lebih membebankan kesihatan ibu yang memang tidak sihat. Semua faktor perlu dipertimbangkan. Di media sosial saya hanya boleh menyampaikan nasihat kesihatan secara am dan tak boleh beri nasihat secara individu untuk anda. Hargailah kesihatan anda dan jangan minta pendapat tentang masalah kesihatan individu anda di media sosial. Jangan abaikan kesihatan anda. Pi jumpa doktor di klinik. #apaapapunjumpadoktornaaaaa

Baca lagi

Breasfeeding ketika tgh hamil takda masalah kalau si ibu pun takda masalah kesihatan yang serious. Utk awal2 kehamilan biasanya tak menganggu, tapi utk hujung2 memang akan triggered contraction. saya pn salah seorang yg bf baby 2tahun3bulan, masa tu tgh preggy trimester pertama. Tapi disebabkan saya ada gdm on metformin. Jadi dr memang suggest utk saya stop bf n fokus on my pregnancy. Saya guna cara letak akar seruntun yang pahit tu pd breast, n alhamdulillah cara tu menjadi. 😁 awak blh la try, tapi saya nasihatkan utk kawal dulu emosi anak. slow slow kalau nak stop bf dia. Sbb budak2 ni kita takboleh nak paksa sgt. utk soalan no 2 awak, saya pon selalu terfikir benda yg sama. Kenapa org perlu persoalkan rezeki yg Allah dh bg? Memang ada org lepas czer dia guna perancang, tapi perancang tu kan cuma ikhtiar? Kita hanya berusaha, Allah la sebaik baik pelaksana. Pn jgn down, InsyaAllah semua yang terjadi mesti ada hikmah yg Allah nak bg. Tidak dinafikan, dr sudut perubatan memang risiko ni ada. Tapi nak buat camna, itu soal rezeki. Kita cakap apa pun, dh Allah takdir kan kita begitu. Jd berdamailah dengan takdir Allah dengan redha okay. InsyaAllah puan, saya mendoakan supaya puan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Just ignore je apa yg org nak cakap, buat pekak telinga je. Yakin ye dgn takdir dn kehendak Allah ta'ala. 😊

Baca lagi
1y ago

Aamiin ya Rabbal Alamin

Utk soalan 1st, sy x pasti. Kena tanya doc utk dpt kan kepastian. Utk soalan kedua, ini apa yg doc sy bagitau sy la. Sbb sy pun anak 1st czer. Then sy pregnant yg kedua. Jarak 15 bulan. X cukup 2 thn. Sy tanya doc sbb sy pun risau. Tp doc kata paling selamat sebenarnya jarak at least 18 bulan tp 15 bulan tu pun kira ok walaupun still ada risiko. Kalau nak bersalin normal pun, chance tu ada 70%-80%. Sbb anak first dulu sy bersalin emergency czer. Risiko 1st czer x setinggi org yg dah berkali2 czer. Utk lebih tau, puan tanya dgn doc terus. Buku pink pulak kena bukak awal sbb dah dikira tergolong dlm yg berisiko. Sy pun masa tau pregnant dah 4w. Terus contact kk tanya utk booking. Terus diorang suruh bukak buku. X payah tunggu 9-12w.

Baca lagi

Saya just kongsi pengalaman saya. Sy pregnant anak kedua masa anak pertama umur 1 tahun 7 bulan. Anak pertama saya bersalin secara normal. Bila tanya doc masa buka buku pink doc kata digalakkan utk stop bf sbb kita nak supply utk 3 org. Paling penting kene jaga ibu dan kandungan. Anak pertama tu sumber makanan utama bukan lagi susu dah. Cara saya wean off bf anak setiap kali anak saya mintak nak bf saya delay atau saya kasi alasan. Mula mula mmg dia susah lama lama dia dah faham. Kene bgtau dia yang susu utk adik dlm perut. Alhamdulillah urusan saya dipermudah dalam masa seminggu dah wean off.

Baca lagi

Sy pregnant masa anak 1st masih bf. doc ckp ok kalau Sy tak sakit tp once dh sakit terus stop. Sy stop masa dh 5 bulan sbb tiap kali menyusu sakit perut mengeras. itu petanda tak baik sbb bila menyusu rahim kita akan mengecut. risiko baby keluar awal sebab dh trigger dia keluar

Soalan awak ni awak perlu ajukan kepada doktor. Penilaian doktor yang paling valid sekali untuk awak. Kalau belum buka buku, dah boleh buka dah sekarang sebab awak tergolong dalam golongan yang berisiko. Semoga dipermudahkan

1y ago

Nk pikir mulut org mmg kita xboleh tutup. Sy yg bersalin normal ni pn org duk kata jugak. Mengandung ank ke5 ms tu baby 1y2m. Smpai menangis2 sy. Emosi ibu mengandung kan sensitif. Mmg bnyk ddk rumah je, kalau boleh xnk lgsg jmp org. Keluar rumah sekadar hntr ambik ank sekolah. Mmg down giler2. Semangat yer puan.... Semoga Allah permudahkan segala urusan puan. Jgn stress2, pikirkn kandungan. Dan bersedia untuk hadapi kerenah baby nk putus susu. Good luck.

Sy pom full bf plus pregnant 18w..alhamdulillah baby sht... Better rujuk doc.. Ank 1st 1y11m.. Masa pregnant rasa dh lebih 1y6m ank 1st..Klau mummy pregnant xde mslh pape, doc bgi jer menyusu ank lain.. 😁

hmm sllu jika ada ransangan pada buah dada akan meyebabkak contraction

boleh follow..

Post reply image