Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med

Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi bersama dengan seorang pakar daripada hospital yang tidak asing lagi iaitu Dr.Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi daripada Sunway Medical Centre Velocity. Tanya soalan anda tentang kepentingan Asid Folik pada 26 Januari 2021 jam 3 petang untuk dapatkan jawapan secara terus daripada pakar yang kami bawakan khas untuk anda. Baca lebih lanjut di sini : https://my.theasianparent.com/kepentingan-asid-folik/web-view *NOTA : Segala persoalan diluar daripada tajuk dan melebihi waktu yang disiarkan, berkemungkinan tidak akan dijawab dan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med
51 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Dr. Pengambilan acid folic ni, perlu consume sebelum hamil atau selepas disahkan Hamil? dan bagaimana pengambilan yg disarankan?

5y ago

Wsalam Sayounara, folic acid perlu diambil jika kehamilan dirancang/ jika kemungkinan hamil itu ada (iaitu tidak memakai apa apa kaedah merancang). Dos biasa ialah 400 microgram sekali sehari atau jika berisiko tinggi 5mg sekali sehari. Sila berbincang dengan doktor Puan dos mana yang Puan perlukan.