Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med

Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi bersama dengan seorang pakar daripada hospital yang tidak asing lagi iaitu Dr.Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi daripada Sunway Medical Centre Velocity. Tanya soalan anda tentang kepentingan Asid Folik pada 26 Januari 2021 jam 3 petang untuk dapatkan jawapan secara terus daripada pakar yang kami bawakan khas untuk anda. Baca lebih lanjut di sini : https://my.theasianparent.com/kepentingan-asid-folik/web-view *NOTA : Segala persoalan diluar daripada tajuk dan melebihi waktu yang disiarkan, berkemungkinan tidak akan dijawab dan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med
51 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Selain pengambilan acid folic dalam bentuk pil, apakah jenis makanan yang mempunyai kelebihan sama seperti pil tersebut?

5y ago

Hi, makanan yang mengadungi folate (asid folik ialah bahan sintetik utk folate) ialah brocoli, bayam, bendi, asparagus, avocado, pisang, manga dan banyak lagi. Makanan sepertu nasi/pasta/roti ada juga yang diperkayakan dengan asid folik. Walaubagaimanapun, untuk wanita yang merancang untuk hamil, disarankan untuk mengambil 400microgram asid folik sekali sehari.