Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med

Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi bersama dengan seorang pakar daripada hospital yang tidak asing lagi iaitu Dr.Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi daripada Sunway Medical Centre Velocity. Tanya soalan anda tentang kepentingan Asid Folik pada 26 Januari 2021 jam 3 petang untuk dapatkan jawapan secara terus daripada pakar yang kami bawakan khas untuk anda. Baca lebih lanjut di sini : https://my.theasianparent.com/kepentingan-asid-folik/web-view *NOTA : Segala persoalan diluar daripada tajuk dan melebihi waktu yang disiarkan, berkemungkinan tidak akan dijawab dan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med
51 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hello doc, kalau terskip asid folik dalam 2 hari macam tu ada effect apa-apa tak? Saya selalu terlupa nak makan... risau pulak dekat baby ni... saya baru 13weeks

5y ago

Hello, jika Puan sebelum ini mengambil folic acid dgn teratur, 2 hari tertinggal mungkin tidak membawa apa-apa kesan. Folic acid paling diperlukan pada 12 minggu pertama kehamilan.