Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med

Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi bersama dengan seorang pakar daripada hospital yang tidak asing lagi iaitu Dr.Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi daripada Sunway Medical Centre Velocity. Tanya soalan anda tentang kepentingan Asid Folik pada 26 Januari 2021 jam 3 petang untuk dapatkan jawapan secara terus daripada pakar yang kami bawakan khas untuk anda. Baca lebih lanjut di sini : https://my.theasianparent.com/kepentingan-asid-folik/web-view *NOTA : Segala persoalan diluar daripada tajuk dan melebihi waktu yang disiarkan, berkemungkinan tidak akan dijawab dan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med
51 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doc, kalau baru berkahwin and nak rancang kehamilan dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, mmg kena start ambil asid folik now atau boleh je ambil bila dah mula hamil? Mana lagi bagus?

5y ago

Hi Yaaaa, jika anda memang merancang untuk tidak hamil dan mengambil kaedah merancang yang berkesan, anda boleh delay ambil folic acid until 3 bulan sebelum rancang untuk hamil. Jika anda tidak menggunakan apa-apa kaedah merancang, dan anda ada kemungkinan hamil kurang dari 6 bulan dari sekarang, saya syorkan untuk start ambil folic acid.