Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med

Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi bersama dengan seorang pakar daripada hospital yang tidak asing lagi iaitu Dr.Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi daripada Sunway Medical Centre Velocity. Tanya soalan anda tentang kepentingan Asid Folik pada 26 Januari 2021 jam 3 petang untuk dapatkan jawapan secara terus daripada pakar yang kami bawakan khas untuk anda. Baca lebih lanjut di sini : https://my.theasianparent.com/kepentingan-asid-folik/web-view *NOTA : Segala persoalan diluar daripada tajuk dan melebihi waktu yang disiarkan, berkemungkinan tidak akan dijawab dan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med
51 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

boleh terangkan mengenai lobar variant holoprosencephaly ? adakah mnjadikan bayi itu sindrom down ?

5y ago

Hi, holoproencephaly (HPE) ialah dimana pembentukan otak tidak terjadi dengan sempurna. Dalam kebanyakan kes, penyebab HPE ini tidaklah diketahui. Ia dikaitkan dengan chromosome yang tidak normal dan mutasi kepada gene. Jika bayi mempunyai HPE tidak semestinya die mempunyai Sindrom Down. Sindrom Down berlaku dimana seseorang memiliki 3 chromosome 21 (sepatutnya 2)