Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Pakar Diet dari Liew Klinik

Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi khas untuk anda. Kali ini kami bawakan khas kepada anda semua seorang pakar diet iaitu Cik Gan Sin Yee dari Liew Klinik khas untuk mereka yang mempunyai persoalan mengenai diet yang sihat. Diet yang sihat untuk ibu hamil selalu menjadi persoalan setiap wanita sama ada sebelum atau sewaktu hamil. Tanyakan soalan anda berkaitan dengan topik yang bakal dibincangkan secara terus oleh pakar pada Khamis, 11 Mac jam 3 petang. *Segala persoalan di luar daripada topik tidak akan di jawab atau akan dipadam. Soalan berkemungkinan tidak akan dijawab jika melebihi waktu tetapan siaran langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Pakar Diet dari Liew Klinik
101 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai doktor, umur sy 43 tahun kategori berisiko. kandungan sy skrg berusia 9 minggu. alahan sy teruk selera makan tiada sampai pernah 1 hari sy tak makan langsung jd perut sy masuk angin dan muntah teruk. sy cuba makan buahan2 tp masih lg sy akan rasa lapar. adakah supplements yg boleh membantu sy? sy takut akan menjejaskan kandungan sy jika perkara ini berterusan.

Baca lagi
5y ago

Bila ada selera nak makan, selain buah, boleh cuba makanan protein seperti susu, produk tenusu, telur, ayam, daging dan sebagainya. Biasanya, keadaan seperti ini akan bertambah baik bila masuk 2nd trimester.