Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Pakar Diet dari Liew Klinik

Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi khas untuk anda. Kali ini kami bawakan khas kepada anda semua seorang pakar diet iaitu Cik Gan Sin Yee dari Liew Klinik khas untuk mereka yang mempunyai persoalan mengenai diet yang sihat. Diet yang sihat untuk ibu hamil selalu menjadi persoalan setiap wanita sama ada sebelum atau sewaktu hamil. Tanyakan soalan anda berkaitan dengan topik yang bakal dibincangkan secara terus oleh pakar pada Khamis, 11 Mac jam 3 petang. *Segala persoalan di luar daripada topik tidak akan di jawab atau akan dipadam. Soalan berkemungkinan tidak akan dijawab jika melebihi waktu tetapan siaran langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Pakar Diet dari Liew Klinik
101 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hai doc sya gdm insulin shari skali tp bila sya cucuk mmg bdn tak bermaya.klu time saya lupa tu ok plk rsa sihat je mmg ada efek ke klu cucuk insulin

VIP Member

Doktor, apa diet terbaik untuk Ibu2 yang alahan teruk di awal pregnancy? Ibu yang tak boleh masuk makanan langsung, bila makan muntah. Terima kasih doktor

4y ago

Cuba makan sikit tapi kerap. Boleh cuba makanan vitamin b6 seperti pisang, kekacang, soya, daging, ayam,ikan, kentang. Waktu pagi boleh start dengan makan makanan kanji yang kering seperti roti, biskut mungkin akan rasa ok sikit.

Untuk Ibu ( 34weeks) yang GDM on Insulin boleh minum air kelapa? dan menu apa yang sesuai utk makan malam. sebab Bsp tinggi waktu pagi keesokan hari.

4y ago

Kurang dinasihatkan. Kalau nak minum pun minum sikit. Boleh cuba kurangkan nasi, tingkatkan fiber seperti makan lebih sayur, tukar nasi putih kepada brwon rice, jangan makan banyak makanan beegoreng dan berlemak, dan berjalan jalan selepas habis makan dapat membantu kawalan gula. Sebenarnya pemakanan sepanjang hari penting. Saya akan cadangkan anda untuk jumpa pakar pemakanan atau dietitian secara peribadi untuk memahami selanjutnya sebab keperluan nutrien setiap orang tak sama.

hi doc...saya mahu nanya...normal ke bumil tu klu dh mengandung 13week perut kcik dan bagaimana kita ingin tahu bayi kita sht dlm kndungan kitw

Hi Dr..Saya mengandung 31wk++..doc kk scan pada wk28 & wk30 bagitahu yang baby oblique lie..ada peluang ke untuk baby ke posisi normal?

VIP Member

Hai doc, saya Farah dah 37w5d...perut saya kerap keras Dan kadangkala rasa sakit di bahagian celah peha...adakah ia tanda hendak bersalin

mitos or fakta... doktor betui ker kalu ibu mkn byk or sampai kekenyangan, baby dlm kandungan akan tidor lebih lama/nyenyak...

VIP Member

Doktor, boleh cadangkan susu yang sesuai untuk ibu mengandung yang hb low dan mempunyai kandungan gula yang rendah. Terima kasih doktor

4y ago

Apa apa susu pun boleh. Ataupun pilih susu untuk ibu mengandung sebab zat besi biasanya lebih tinggi. Zat besi penting untuk meningkatkan hb.

Salam Sejahtera Sekarang sy hamil 12 minggu,Senaman ape yang boleh saya lakukan? Berat bdn sblm hamil 55kg skrg 60.75kg.

hi doktor ..saya mengandung 18 mggu ..tp kenapa bwh perut dan atas kemaluan saya trlalu sakit ..shingga tak dapat nak brjalan