Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Pakar Diet dari Liew Klinik
Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi khas untuk anda. Kali ini kami bawakan khas kepada anda semua seorang pakar diet iaitu Cik Gan Sin Yee dari Liew Klinik khas untuk mereka yang mempunyai persoalan mengenai diet yang sihat. Diet yang sihat untuk ibu hamil selalu menjadi persoalan setiap wanita sama ada sebelum atau sewaktu hamil. Tanyakan soalan anda berkaitan dengan topik yang bakal dibincangkan secara terus oleh pakar pada Khamis, 11 Mac jam 3 petang. *Segala persoalan di luar daripada topik tidak akan di jawab atau akan dipadam. Soalan berkemungkinan tidak akan dijawab jika melebihi waktu tetapan siaran langsung.
hi Doc.. Sy skrg mengandung 3 bulan dan mempunyai masalah kencing manis.. dan doc sarankan sy untuk kontrol diet.. jd sy nk tnya..makanan yang macamna boleh untuk sy konsumsi sepanjang sy hamil dan makanan ap dapat kurangkan rasa mual sy
hai Dr. bagi ibu yang tiada selera makan,tetapi suka minum minuman manis untuk menambah tenaga,adakah ianya membantu dan jaminan tidak mendapat kencing manis selepas bersalin walaupun Ada GDM on diet control sewaktu mengandung?
Lebih baik kalau boleh cuba kurangkan makanan minuman bergula. GDM yang tidak dikawal dengan baik akan mempengaruhi kedua dua ibu dan anak. Contohnya, kalau anak terlalu besar, susah untuk natural birth. Ada risiko mendapat kencing manis juga kelak.
Hi Miss, Boleh cadangkan makanan yang dapat membekalkan tenaga bagi jangka masa yang lama yang boleh diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak bagi mengamalkan diet yang sihat selain buah, sayuran? #TAPactiveusers #TAPsupermoms
Baca lagiNoted tq Miss
Hi dr..sy 29weeks pregnant, dan sy ad gdm on diet.. nk tnya dr boleh kah sy ambil sebarang supplement untuk tambahkan hb sy..sbb hb sy dlm 10.8 je.. and kalau sy ambil, adakah ianya ada kesan buruk dr.. tq dr.
Boleh check dengan doktor anda jika anda perlu suppelment zat besi. Dari segi pemakanan, boleh beri perhatian kepada makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, ayam, hati, ikan, kekacang, sayur hijau. Buah-buahan/ sayur sayuran yang kaya dengan vitamin c juga akan membantu penyerapan zat besi.
Haii assalamualaikum sy 24 week bila mnum air sejuk kosong perut sy jd tegang.. Adakah normal?? Lepas tu bila tido mengiring ke kiri perut sy terasa pedih.. Hermm baby nk membesar ke mcm mne? 😅
hai doktor, saya ada scan di klinik swasta and doktor inform yg baby pendek dari kandungan usia yg sepatutnya. Adakah saya patut risau atau perkara ini biasa disebabkan genetik ibu ayah baby ini? tq
Dr, boleh ke ibu mengandung diet disebabkan takut berat badan naik mendadak? Jika boleh, bagaimana diet yang patut di amalkan sebab waktu pregnant, ibu mengandung sering lapar. Terima kasih doktor
Second trimester... selera makan menjadi-jadi. Sebulan naik hampir 3kg. Boleh sarankan menu yang sesuai untuk elakkan sentiasa lapar. Dah amalkan makan sedikit tetapi kerap tapi tak menjadi. 😅 Tq ☺
Baik. Terima kasih atas saranan tersebut. 👍🏽😍😊
Hi Doctor. Saya mengalami tinggi kolestrol dan hamil 11 minggu. Bagaimana utk mengawal kolestrol tanpa stress? Bolehkah saya makan Oat BG-22 Bran Powder? Adakah oats selamat untuk ibu hamil? Thanks.
Ya, oats selamat diambil. Selain itu, cuba tingkatkan makanan berserat seperti buah/sayur, brown rice, wholegrains. Kurangkan makanan bergoreng goreng/ berlemak banyak.
hi miss ☺️ sy baru masuk trimester 1 , baru 7week . kalau sy brpuasa pada hari puasa yg akan datang nanti , adakah sesuai utk sy meneruskan puasa seharian penuh ?
Dietitian Nurturer of 1 sweet boy