Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas (Market Researcher) - Confinement Consultant

Makanan Pantang Semasa Mengandung! Hi Semua! Kehamilan adalah zaman yang membahagiakan, namun terdapat banyak mitos dan pandangan tentang makanan pantang semasa mengandung. Tidak mustahil bakal ibu hamil merasa bingung tentang makanan yang sepatutnya dielakkan dan yang sebenarnya selamat untuk dikonsumsi. Adakah makanan pantang semasa mengandung hanya mitos semata-mata? Benarkah makanan tertentu dapat mempengaruhi perkembangan janin? Apakah pandangan pakar tentang makanan laut, kafein, dan makanan mentah semasa mengandung? Jika anda ingin mengetahui kebenaran tentang makanan pantang semasa mengandung, jangan lepaskan peluang untuk bertanya dan mendapatkan jawapan daripada pakar kami, MissMasz. Sila ambil perhatian bahawa hanya soalan yang berkaitan dengan topik ini dan tarikh sesi yang ditetapkan akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas (Market Researcher) - Confinement Consultant
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum, saya mengalami kulit kering sgt di muka tgn dan semua la permukaan kulit, dan kerap kencing skrg saya dah 16 weeks, apa tips mummy utk kurangkn mslh ni😭 saya first time pregnant jdi teruk mcm ni

2y ago

Hai puan, terima kasih di atas soalan puan dan semoga puan kuat menghadapi dugaan mengandung. Kerap kencing ketika mengandung adalah normal disebabkan perubahan hormon dan juga tekanan dibahagian pundi kencing. Sekiranya puan rasa sakit atau sangat terganggu, boleh rujuk kepada doktor. Keadaan kulit kering juga berkemungkinan disebabkan faktor hormon dan kurang minum air kerana puan risau ke tandas. Puan boleh mendapatkan krim di farmasi atau rujuk ke dermatologist.