Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas (Market Researcher) - Confinement Consultant

Makanan Pantang Semasa Mengandung! Hi Semua! Kehamilan adalah zaman yang membahagiakan, namun terdapat banyak mitos dan pandangan tentang makanan pantang semasa mengandung. Tidak mustahil bakal ibu hamil merasa bingung tentang makanan yang sepatutnya dielakkan dan yang sebenarnya selamat untuk dikonsumsi. Adakah makanan pantang semasa mengandung hanya mitos semata-mata? Benarkah makanan tertentu dapat mempengaruhi perkembangan janin? Apakah pandangan pakar tentang makanan laut, kafein, dan makanan mentah semasa mengandung? Jika anda ingin mengetahui kebenaran tentang makanan pantang semasa mengandung, jangan lepaskan peluang untuk bertanya dan mendapatkan jawapan daripada pakar kami, MissMasz. Sila ambil perhatian bahawa hanya soalan yang berkaitan dengan topik ini dan tarikh sesi yang ditetapkan akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas (Market Researcher) - Confinement Consultant
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hai Puan, Boleh saya tahu apa makanan pantang yang sebetulnya perlu dielakkan sepanjang kehamilan? Apa yang saya tahu, ibu mengandung perlu elak makan durian, nenas, makanan segera. Air pula perlu elak kafein, teh, koko, kopi.

Baca lagi
2y ago

Terima kasih di atas soalan puan. Buah-buahan seperti durian dan nenas selamat untuk dimakan semasa mengandung, walaupun terdapat mitos mengaitkan buah-buah ini dengan keguguran. Walaubagaimana pun, pengambilannya perlulah dalam kadar sedikit-sederhana terutama bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kencing manis, darah tinggi dan gastrik. Bagi pengambilan minuman berkafein, adalah selamat dlm kuantiti 1-2 cawan sehari. Namun, penting untuk mengawal pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian.