Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas (Market Researcher) - Confinement Consultant

Makanan Pantang Semasa Mengandung! Hi Semua! Kehamilan adalah zaman yang membahagiakan, namun terdapat banyak mitos dan pandangan tentang makanan pantang semasa mengandung. Tidak mustahil bakal ibu hamil merasa bingung tentang makanan yang sepatutnya dielakkan dan yang sebenarnya selamat untuk dikonsumsi. Adakah makanan pantang semasa mengandung hanya mitos semata-mata? Benarkah makanan tertentu dapat mempengaruhi perkembangan janin? Apakah pandangan pakar tentang makanan laut, kafein, dan makanan mentah semasa mengandung? Jika anda ingin mengetahui kebenaran tentang makanan pantang semasa mengandung, jangan lepaskan peluang untuk bertanya dan mendapatkan jawapan daripada pakar kami, MissMasz. Sila ambil perhatian bahawa hanya soalan yang berkaitan dengan topik ini dan tarikh sesi yang ditetapkan akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas (Market Researcher) - Confinement Consultant
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum... sy nak tanya. Sy mengandung anak pertama dan usia kandungan masih awal. Apa makanan yang paling dilarang time awal mengandung?

2y ago

Terima kasih di atas soalan puan. Makanan yang perlu dielak adalah makanan yang mengandungi kandungan gula, kolestrol, lemak dan asid yang tinggi. Selain itu, sekiranya puan mempunyai alahan makanan tertentu, boleh elakkan. Boleh rujuk diet pemakanan seimbang untuk mendapatkan nutrisi makanan yang betul.