Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas (Market Researcher) - Confinement Consultant

Makanan Pantang Semasa Mengandung! Hi Semua! Kehamilan adalah zaman yang membahagiakan, namun terdapat banyak mitos dan pandangan tentang makanan pantang semasa mengandung. Tidak mustahil bakal ibu hamil merasa bingung tentang makanan yang sepatutnya dielakkan dan yang sebenarnya selamat untuk dikonsumsi. Adakah makanan pantang semasa mengandung hanya mitos semata-mata? Benarkah makanan tertentu dapat mempengaruhi perkembangan janin? Apakah pandangan pakar tentang makanan laut, kafein, dan makanan mentah semasa mengandung? Jika anda ingin mengetahui kebenaran tentang makanan pantang semasa mengandung, jangan lepaskan peluang untuk bertanya dan mendapatkan jawapan daripada pakar kami, MissMasz. Sila ambil perhatian bahawa hanya soalan yang berkaitan dengan topik ini dan tarikh sesi yang ditetapkan akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas (Market Researcher) - Confinement Consultant
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Nak tanya.. betul tak boleh makan roti sebab roti mengandungi yeast n dikatakan yeast tu tak elok dalam proses utk mngecutkan rahim?

2y ago

Terima kasih di atas soalan puan. Yis dalam roti adalah selamat di makan melainkan puan memang ada alahan terhadap produk mengandungi yis. Rahim mengembang jika makan roti kerana mengandungi yis adalah mitos Makanan tidak boleh menyebabkan rahim mengembang atau mengecut kerana makanan akan dicerna oleh perut, bukan di organ peranakan.