13 Balas

Hai Puan, Boleh saya tahu apa makanan pantang yang sebetulnya perlu dielakkan sepanjang kehamilan? Apa yang saya tahu, ibu mengandung perlu elak makan durian, nenas, makanan segera. Air pula perlu elak kafein, teh, koko, kopi.

Terima kasih di atas soalan puan. Buah-buahan seperti durian dan nenas selamat untuk dimakan semasa mengandung, walaupun terdapat mitos mengaitkan buah-buah ini dengan keguguran. Walaubagaimana pun, pengambilannya perlulah dalam kadar sedikit-sederhana terutama bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kencing manis, darah tinggi dan gastrik. Bagi pengambilan minuman berkafein, adalah selamat dlm kuantiti 1-2 cawan sehari. Namun, penting untuk mengawal pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian.

Assalamualaikum, saya mengalami kulit kering sgt di muka tgn dan semua la permukaan kulit, dan kerap kencing skrg saya dah 16 weeks, apa tips mummy utk kurangkn mslh ni😭 saya first time pregnant jdi teruk mcm ni

Hai puan, terima kasih di atas soalan puan dan semoga puan kuat menghadapi dugaan mengandung. Kerap kencing ketika mengandung adalah normal disebabkan perubahan hormon dan juga tekanan dibahagian pundi kencing. Sekiranya puan rasa sakit atau sangat terganggu, boleh rujuk kepada doktor. Keadaan kulit kering juga berkemungkinan disebabkan faktor hormon dan kurang minum air kerana puan risau ke tandas. Puan boleh mendapatkan krim di farmasi atau rujuk ke dermatologist.

Hi Puan Mas. Saya ingin bertanya. Apakah makanan-makanan khusus yang membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan? Selain itu, pengambilan VCO boleh diambil seawal kandungan usia berapa? Terima kasih.

Saya baru mengandung 5weeks, dan zero knowledge apa yg nak dibuat. Taktau kena start makan apa, pantang larang awal² pregnant. Ada reference tak utk rujuk kat mana nak refer?

Terima kasih di atas soalan puan. Puan boleh rujuk artikel online seperti di tungbayee.my dan puan juga boleh bertanya pada doktor ketika temujanji antenatal. Terdapat juga artikel di dalam Asian Parents ini yang boleh digunapakai sebagai rujukan. Ikuti kami di platform sosial media untuk dapatkan ilmu tentang kesihatan, kehamilan dan berpantang.

Assalamualaikum... sy nak tanya. Sy mengandung anak pertama dan usia kandungan masih awal. Apa makanan yang paling dilarang time awal mengandung?

Terima kasih di atas soalan puan. Makanan yang perlu dielak adalah makanan yang mengandungi kandungan gula, kolestrol, lemak dan asid yang tinggi. Selain itu, sekiranya puan mempunyai alahan makanan tertentu, boleh elakkan. Boleh rujuk diet pemakanan seimbang untuk mendapatkan nutrisi makanan yang betul.

Air kelapa boleh minum ke .. sy panjang baru 20hari. Sebab nak mertua ikut orang dulu2 banyak yang x boleh makan lagi2 air kelapa...

Terima kasih di atas soalan puan. Air kelapa ada selamat diminum kerana mempunyai vitamin dan mineral semulajadi. Air kelapa juga membantu hidrasi.

Nak tanya.. betul tak boleh makan roti sebab roti mengandungi yeast n dikatakan yeast tu tak elok dalam proses utk mngecutkan rahim?

Terima kasih di atas soalan puan. Yis dalam roti adalah selamat di makan melainkan puan memang ada alahan terhadap produk mengandungi yis. Rahim mengembang jika makan roti kerana mengandungi yis adalah mitos Makanan tidak boleh menyebabkan rahim mengembang atau mengecut kerana makanan akan dicerna oleh perut, bukan di organ peranakan.

Assalamualaikum puan. Saya nak tanya macam sy kandungan dh 10 weeks tapi sy gugur. Saya perlu berpantang ke puan?

Assalamualaikum, saya hamil 20 minggu tapi saya ada masalah angin yg teruk , boleh suggest ubat tak

virgin coconut oil / minyak kelapa dara... baik atau tidak untuk dia ambil waktu mengandung dan pantang?

Terima kasih di atas soalan puan. Virgin coconut oil adalah selamat diambil dengan kadar tertentu (rujuk doktor/ahli farmasi) melainkan puan mempunyai alahan terhadap produk ini. Dapatkan VCO yang asli. Juga di ingatkan setiap pengambilan perlulah dalam kadar bersederhana.

VIP Member

betul ke makan sushi /pulut boleh buatkan baby kembung perut?

jd sayur2 sejuk boleh mnyebabkn bayi kmbong perut semua tu mitos semata2 la...

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan